
FORD TAMAT PRODUKSI FOCUS 2025
Salah satu model Ford yang tidak lagi dibawa masuk ke pasaran Malaysia, Ford Focus bakal ditamatkan riwayatnya dalam masa beberapa tahun akan datang.
Menurut ketua Ford Eropah, Stuart Rowley mengesahkan Ford merancang untuk menghentikan produksi model Focus bagi memberikan laluan kepada pemasangan kenderaan elektrik (EV).
Selain daripada itu, masa depan kilang pemasangan Saarlouis, Jerman yang digunakan untuk menghasilkan Focus semakin tidak menentu, memandangkan Ford sendiri tidak menjumpai jalan lain untuk mengekalkan operasi fasiliti tersebut.
“Kami sedang mencari jalan alternatif, termasuk menjualnya kepada pengeluar lain. Kami tidak ada di dalam perancangan kami model tambahan untuk dipasang di Saarlouis,” jelasnya.
Stuart juga mengakui langkah tersebut mampu menjejaskan sejumlah besar tenaga pekerja di fasiliti tersebut yang kini menggaji seramai 4,600 orang.
“Realitinya, produksi EV memerlukan kurang pekerja.” – Automotive News Europe