Buletin

PORSCHE PATENKAN SISTEM DIFFUSER AKTIF YANG BOLEH SEMBUNYIKAN CANGKUK TUNDA

Untuk kereta-kereta berprestasi tinggi, kehadiran cangkuk tunda di bahagian belakang sememangnya sedikit mengganggu pemandangan mereka yang mahu menikmati kecantikan kereta tersebut.

Menurut laporan daripada CarBuzz, Porsche dilapor sedang membangunkan sistem aerodinamik aktif untuk menyembunyikan komponen cangkuk tersebut apabila tidak digunakan.

Inovasi ini sangat berguna diaplikasikan pada model-model seperti Porsche Cayenne, Macan, atau wagon Taycan Cross Turismo yang biasanya digunakan untuk menunda trailer di bahagian belakang.

Berdasarkan pendaftaran paten tersebut, sistem diffuser itu bukanlah sekadar hiasan semata-mata, ia mampu berfungsi sepenuhnya untuk manfaat aerodinamik yang lebih berkesan, terutama di dalam situasi yang tidak melibatkan proses membawa muatan di bahagian belakang. – CarBuzz

Google ads
Back to top button