Buletin

FORD TAWAR PAKEJ SELEPAS JUALAN AKHIR TAHUN DAN CNY

Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) meraikan cuti akhir tahun dan sambutan Tahun Baru Cina dengan pakej selepas jualan yang menarik serta servis percuma ke atas model-model Ford terpilih, di seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Januari 2017.

Diskaun sehingga 20 peratus akan ditawarkan ke atas alat-alat ganti terpilih, termasuklah pakej brek dan tali sawat pemasaan. Di samping diskaun 10 peratus untuk minyak pelincir, brek dan pakej tali sawat pemasaan.

Poster [20"W x 30"H]

Pelanggan yang memilih ‘Pakej Jimat Bahan Api (Fuel Saver Package) pula boleh menikmati diskaun sebanyak 10 peratus untuk penapis minyak.

Untuk memberi lebih ketenangan minda, para pelanggan juga boleh memilih pemeriksaan kesihatan kenderaan 27 poin secara percuma oleh juruteknik bertauliah Ford. Ini bagi memastikan perjalanan yang lancar sepanjang musim perayaan.

Pelanggan yang berbelanja sebanyak RM350 dan ke atas untuk servis atau penggantian alat ganti di pusat servis sah Ford akan menerima barangan eksklusif Ford. Sementara pelanggan ‘walk-in’ akan menerima paket angpau Ford.

BACA – HYUNDAI IONIQ HYBRID RM99K SAHAJA!

BACA – PROMOSI “BIG DEAL” AKHIR TAHUN FORD

“Kami berbesar hati untuk menawarkan pakej servis dan penyelenggaraan yang menarik ini. Ia bagi membantu memastikan kenderaan berada dalam prestasi terbaik dan pelanggan dapat pulang dengan selamat,” Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Maklumat lanjut mengenai promosi-promosi ini, sila layari laman web: http://www.ford.com.my/aftersalespromotion atau kunjungi mana-mana pengedar Ford hari ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button