Artikel Pilihan

ASAL USUL NAMA MAZDA DAN LOGO KLASIK MEREKA YANG PELIK

Mazda merupakan satu nama besar dari Jepun. Mungkin ia tidak segah Toyota, Nissan ataupun Honda tetapi Mazda mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Siapa yang tidak kenal dengan RX7, jentera unik dengan enjin rotary keluaran Mazda?.

Tapi pernahkah anda terlintas macam mana Mazda mendapat namanya? Sebab rasanya Mazda bukanlah nama orang Jepun seperti Honda, Matsushita ataupun Suzuki. Jadi, teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya.

Nama “Mazda” telah diperkenalkan di Jepun pada bulan Oktober 1931. Mazda memulakan perusahaan dengan menghasilkan pembuka botol seawal tahun 1920. Ya, mereka bermula dengan bisnes buka botol.

MAZDA-GO, TRAK TIGA RODA PERTAMA

mazda-go

Tetapi hanya pada tahun 1931,  Mazda yang ketika itu dikenali dengan nama Togo Kogyo Co. Ltd. Telah melancarkan kenderaannya yang pertama dan dinamakan “Mazda-go”, sebuah trak ringan yang hanya menggunakan tiga roda yang diasaskan dari sebuah motosikal.

Nama trak ringan ini telah dipertimbangkan oleh Jujiro Matsuda, presiden kedua dan salah seorang peneraju utama Toyo Kogyo bersama-sama dengan ahli lembaga pengarah lain.

Dihasilkan oleh syarikat yang diuruskan oleh seorang yang bernama Matsuda, nama “Mazda-go” dirasakan cukup sesuai. Persoalannya macam mana boleh timbul ejaan Mazda? Kenapa tidak Matsuda? Kenapa bukan Mentadak Mentadu? Atau Mentakap misalnya ?

MAZDA – YANG BERMAKSUD TUHAN KEHARMONIAN

Perkataan “Mazda” datangnya daripada AHURA MAZDA, tuhan keharmonian dan kebijaksanaan daripada salah satu tamadun paling awal di Asia Barat. Lembaga pengarah Toyo Kogyo menterjemahkan Mazda sebagai simbol kepada permulaan gabungan tamadun Timur dan Barat.

Ia juga dikatakan menjadi simbol tamadun automotif dan kebudayaan. Mereka ingin menyumbangkan sesuatu kepada dunia khususnya melalui industri automotif.

BACA – MAZDA & TOYOTA BAKAL BANGUNKAN EV BERSAMA

BACA – KOLOBORASI TRAK PIKAP MAZDA BERSAMA ISUZU

Justeru, Toyo Kogyo menukar nama mereka kepada Mazda Motor Corporation. Nama Mazda juga adalah sebagai cara mereka menghormati seorang tokoh penting syarikat mereka yang mempunyai nama keluarga dengan sebutan yang hampir-hampir sama.

LOGO-LOGO YANG DIGUNAKAN MAZDA SEJAK 1934 (PELIK TAPI BENAR!)

Dari Mac 1934 sehingga Mac 1954

mazda-logo-1934-1954

Logo korporat pertama yang digunakan pada trak ringan tiga-roda dalam tahun 30an.

Dari April 1936 sehingga Julai 1959

mazda-logo-1936-1959

Melambangkan aliran sungai di tempat kelahiran Mazda, Hiroshima dan juga menyamai huruf Latin ‘M’. Lebihan sambungan kiri dan kanan melambangkan sepasang sayap untuk kelincahan, kelajuan dan kemampuan untuk maju ke hadapan.

OK. Yang ini kami sendiri kena akui, tak pernah jumpa dan tak pernah tahu pun logo ni memang wujud dan pernah digunakan.

Dari Januari 1951 sehingga 1972

mazda-logo-1951-1972

Logo ini didaftarkan pada tahun 1951, tahun yang sama anak lelaki Jujiro Matsuda,  Tsuneji Matsuda mengambil alih jawatan presiden syarikat daripada Jujira dan menjadi presiden Mazda yang ketiga.

Ini 10 kali lebih memeningkan kepala Abang Japar.

Dari tahun 1954 sehingga 1974

mazda-logo-1954-74

Mazda mula mengeksport trak ringan tiga-roda ke negara luar pada tahun 1949.  Disebabkan itu mereka memerlukan logo baru untuk kegunaan negara luar.

Logo ini mula didaftarkan di Taiwan pada tahun1954 dan sehingga tahun 1959 ia telah didaftarkan di 21 buah negara seluruh dunia.

Dari Julai 1959 sehingga 1974

mazda-logo-59-74

Dipasangkan pada Mazda R360 coupe dan model-model kereta penumpang lain sehingga tahun 1974.

Dari 1975 sehingga 1997

mazda-logo-75-1997

Diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 1975 dan digunakan sehingga 1997.

Dari Jun 1997 sehingga sekarang

mazda-logo-1997-sehingga-hari-ini

Bergerak maju ke hadapan seiring dengan abad ke 20, logo Mazda yang digunakan sehingga sekarang diperkenalkan buat kali pertama pada Jun 1997. Simbol ini melambangkan keazaman Mazda untuk mengejar kejayaan dan memacu syarikat ke arah kecemerlangan.

Ia digambarkan menerusi sepasang sayap berbentuk huruf ‘M’ yang berada di dalam linkungan berbentuk oval. Sayap berbentuk V itu juga melambangkan kebijaksaan, kebaikan dan kreativiti yang ada pada Mazda.

Ia juga menunjukkan keazaman mereka untuk menghasilkan kenderaan dengan kualiti terbaik dan dengan kepercayaan  yang teknologi baru hanya boleh dicapai dengan mengharungi cabaran.

Sedikit pembaharuian efek tulisan dalam tahun 2015, menunjukkan bahawa jenama Mazda sudah semakin berkualiti dan sofistikated.

BACA – MAZDA AKAN TERUSKAN PRODUKSI ROTARY

BACA – MAZDA SKYACTIV, REVOLUSI ENJIN ABAD BARU

Terdapat pelbagai cerita di sebalik nama dan Mazda juga tidak terkecuali. Nama dan simbol Mazda sudah cukup untuk menceritakan sejarah Mazda yang cukup panjang, membakar semangat dan kepercayaan terhadap potensi sebuah syarikat kecil yang cukup berdaya saing

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button