Buletin

FORD TAWAR REBAT TUNAI SEMPENA CNY

Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan ‘Ford CNY Promo’ untuk memulakan sambutan Tahun Baru Cina.

Ford-CNY-Promo-2016-mekanika (2)

Promosi itu menawarkan rebat sehingga RM10,000 untuk kenderaan Ford terpilih dari sekarang hingga 31 Mac.

Ford CNY Promo membolehkan para pelanggan memandu pulang model Ford kegemAran mereka pada harga lebih murah. Rebat tunai menarik sehingga RM10,000 untuk Fiesta, sehingga RM5,000 untuk Ecosport dan sehingga RM3,000 bagi pembelian SUV Kuga.

Ford-CNY-Promo-2016-mekanika (1)

Bukan itu sahaja, Ford juga ada menawarkan promosi servis istimewa kepada pelanggan mulai sekarang hingga 15 Februari.

Pemilik Ford yang membawa kenderaan mereka ke pusat servis untuk melakukan servis atau penyelenggaraan akan menerima pemeriksaan 27 poin secara percuma. Diskaun sebanyak 10 hingga 20 peratus ke atas kos buruh dan alat ganti untuk kebanyakan pakej servis yang paling popular akan diberikan. Manakala pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM300 akan menerima barangan eksklusif Ford.

Ford-CNY-Promo-2016-mekanika (4)

Pelanggan yang memandu uji model baharu Ford mulai 16 hingga 24 Januari pula layak menerima penyusun but kereta. Mereka yang membuat tempahan sepanjang tempoh itu juga bakal menerima sekaki payung Ford dan satu penyangkut/alat penyusun serba guna.

Sepanjang tempoh yang sama, Ford turut mengadakan peraduan ‘Count The Kam’. Untuk peluang memenangi 200,000 AirAsia Big Points dan hadiah-hadiah lain, para peminat Ford boleh mengunjungi bilik pameran Ford SDAC PJ2 dan meneka jumlah buah limau mandarin yang diletakkan di dalam sebuah EcoSport.

Ford-CNY-Promo-2016-mekanika (5)

Kemudian, rakam selfie dengan kereta dan muat naik ke laman Facebook Ford Malaysia di www.facebook.com/Ford Malaysia. Orang ramai juga boleh untuk turut serta dengan terus meneka daripada foto yang dimuat naik oleh Ford di laman Facebook tersebut.

Maklumat lanjut mengenai ‘Ford CNY Promo’, sila layari laman web www.ford.com.my atau hubungi hotline Khidmat Pelanggan Ford di talian 1800 38 3181.

Google ads
Back to top button