Motosikal

BOON SIEW SAH BAWA MASUK MOPED 150CC

Berita baik buat pengikut segmen moped tempatan. Ketika majlis pelancaran Honda Wave Dash FI, Boon Siew Honda mengesahkan akan membawa masuk model 150cc dalam tempoh terdekat ini.

honda-sonic-150-2016-mekanika (4)

Model berkenaan ialah Honda Sonic 150 2016. Indonesia dan Filipina sudahpun melancarkan jentera moped tersebut tahun lalu. Namun, di Filipina model berkenaan dikenali sebagai Honda RS150.

Sedikit informasi tentang Honda Sonic 150. Ia dijana enjin 150cc DOHC yang menghasilkan kuasa 11.8kw @ 9000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm.  Penghantaran kuasa yang lancar ke roda diserahkan kepada transmisi 6-kelajuan.

honda-sonic-150-2016-mekanika (1)

Di Indonesia Honda Sonic didatangkan dengan dua pilihan iaitu Sonic 150 R dan Sonic 150R Edisi Repsol. Harga jualan bermula Rp 21,200,000 (RM6,784). Bagaimana pula pasaran Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

Selepas Yamaha menjadi perintis dalam segmen moped 150cc menerusi Y15ZR. Kini tiba giliran Honda memeriahkan lagi segmen berkenaan. Dan, khabarnya Modenas juga bakal melancarkan moped 150cc miliknya tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button