Buletin

GAMER FORZA HORIZON 5 KENA BAN 8,000 TAHUN. BIKIN LIVERY PARODI KFC DAN KIM JONG-UN

Seorang gamer Forza Horizon 5 dikenakan larangan selama 8,000 tahun daripada permainan tersebut berikutan menghiasi kenderaan dengan livery parodi KFC dan Kim Jong-Un.

Dia dikeluarkan daripada permainan popular itu selepas melancarkan livery kustom menggunakan pelbagai logo terkemuka dunia.

Antaranya merupakan New Balance yang ditukar kepada Nuke Balance, Pirelli (Pyongyang) dan menggantikan wajah popular Colonel Sanders KFC kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Selain itu, gamer berkenaan turut memadankan rekaan tanda pagar #SendNukes.

Gamer yang tidak dikenali terbabit dimaklumkan Pasukan Komuniti Forza bahawa dia tidak dapat bermain permainan Forza Horizon 5 sehingga malam tahun baru 9999.

Berikutan larangan tersebut, para pemain Forza bersumpah akan mengekalkan livery kontroversi pada kenderaan-kenderaan mereka untuk ‘selama-lamanya’ dan membuat aduan berkenaan pembikin permainan ‘sensitif’.

Biarpun pembikin permainan berkenaan Turn 10 Studios tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung larangan itu tetapi didakwa mengeluarkannya. – dailystar

Google ads
Back to top button