Buletin

GRAN TURISMO SPORT TAMBAH 5 KERETA JDM. KINI ADA S2000, GT0, IMPREZA, SILVIA & AE86

Kalau anda gamers yang suka main video games perlumbaan kereta, ini ada satu berita baik. 

Pembangun Gran Turismo Sport, Polyphony Digital dilapor memasukkan beberapa model kereta sports Jepun lagenda ke dalam barisan jentera perlumbaannya.

Sudah boleh didapati mulai hari ini, antara kereta yang dipilih ialah Honda S2000 dengan bumbung soft-top dan Mitsubishi GTO Twin Turbo berenjin 3.0 liter spesifikasi Jepun. 

Tidak ketinggalan, model 1990-an yang cukup popular iaitu Subaru Impreza Coupe WRX Type R STi Version VI yang hanya 1,000 unit dihasilkan. Harus tahu bahawa model yang ditampilkan ialah varian istimewa Impreza generasi pertama. 

Selain itu, 1983 Toyota Corolla Levin 1600GT APEX (AE86) tiga pintu dan Nissan Silvia K’s Dia Selection juga boleh dipilih oleh peminat permainan video ini. 

Polyphony Digital memberitahu kemas kini terbaharu juga akan menampilkan litar Red Bull Ring dan Red Bull Ring Short Track.  

Tags
Google ads
Back to top button