Buletin

KFC GUNA FOOD TRUCK TANPA PEMANDU DENGAN TEKNOLOGI 5G DI SHANGHAI. TAK PERLU LAGI PERGI RESTORAN ATAU PANDU LALU

Memandangkan dunia masih lagi berdepan ancaman penularan wabak COVID-19, maka semua orang perlu mengamalkan penjarakan fizikal sebaik mungkin. 

Faham tentang keperluan itu, Yum Brands yang memegang jenama Kentucky Fried Chicken (KFC) di China baru-baru ini memperkenalkan trak makanan pandu sendiri di Shanghai menggunakan teknologi 5G. 

Ia sebenarnya merupakan sebuah kenderaan comel yang menawarkan ayam goreng lazat kepada pengguna. Dengan adanya food truck berkenaan, orang ramai tidak perlu lagi pergi ke restoran atau pandu lalu KFC. 

Menurut hantaran yang dibuat di laman Twitter, kenderaan tersebut menawarkan makanan di kawasan tumpuan ramai seperti di taman dan kampus.  

Pelanggan boleh membuat pembelian menerusi skrin sentuh. Sebaik sahaja membuat pembayaran menggunakan telefon pintar, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR untuk mendapatkan makanan. Proses jual beli itu dapat dilakukan dengan mudah dan pantas tanpa sebarang interaksi bersama orang lain.  

Trak makanan tersebut menggunakan jentera buatan Neolix yang dikenali sebagai SLV11. Pods autonomi sepenuhnya itu juga boleh berfungsi sebagai penghantaran barang, penjualan air serta perkhidmatan runcit yang lain. 

Jika dilihat pada video Neolix, bateri jentera itu boleh ditukar dengan mudah bagi mengelakkan masa mengecas yang terlalu lama. Ia mampu bergerak sejauh 100km dengan sekali caj dan kelajuan maksimum 50/kmj. Kenderaan Neolix menyokong teknologi pemanduan berautonomi Tahap 4.

Google ads
Back to top button