Buletin

PARKIR IKUT SUKA DAN MENYUSAHKAN PENGGUNA LAIN, DBKL BERTINDAK KUNCI TAYAR

Sikap warga kota tidak menghiraukan notis kompaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu diubah bagi mengelak tayar kenderaan mereka dikunci Pasukan Apit Roda DBKL.

Menurut DBKL, tindakan kunci roda kenderaan itu akan dilaksanakan ke atas kenderaan yang menyebabkan halangan, bahaya atau kesulitan kepada pengguna jalan lain.

“Kenderaan yang didapati melakukan kesalahan ini akan dikenakan tindakan kapit (kunci) roda dan kenderaan boleh dialihkan oleh pihak DBKL.

“Tindakan dibuat menerusi Seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dilaksanakan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL),” kata PBT.

Sehubungan itu, pihak DBKL mengingatkan pengguna jalan raya khususnya di sekitar ibu negara untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button