
10 KAPAL MEWAH KARAM, KEBAKARAN DI MARINA HONG KONG
Sekurang-kurangnya 10 kapal mewah karam selepas 16 daripadanya dijilat api susulan kebakaran dahsyat di sebuah marina di Hong Kong.
Kebakaran berlaku sekitar 2.30 pagi waktu tempatan dan usaha memadamkannya mengambil masa lebih enam jam.
Empat pasukan bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran itu menggunakan lapan jet air.
Satu letupan juga kedengaran semasa kebakaran di tempat perlindungan taufan di Aberdeen South itu berlaku.

Menurut pihak berkuasa, pasukan terbabit mengalami kesulitan memadamkan api kerana bot-bot terletak pada jarak yang dekat.
Tiupan angin kencang turut menjadikan usaha itu lebih mencabar.
Hampir 30 buah kapal turut terjejas dalam insiden berkenaan.
Bagaimanapun, 35 orang berjaya diselamatkan, dengan seorang dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan susulan.
Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui. –Awani/SCMP
- BACA: KAPAL KONTENA HENTAM KREN PELABUHAN KAOHSIUNG SAMPAI RUNTUH
- BACA: SANGAT BERISIKO, INDONESIA TAMATKAN OPERASI KELUARKAN KAPAL SELAM KRI NANGGALA 402
- BACA: KAPAL EVER GIVEN DILARANG TINGGALKAN TERUSAN SUEZ, KENA BAYAR PENALTI RM 4.1 BILLION
- BACA: TERUSAN SUEZ SESAK, KAPAL KARGO GERGASI HALANG LALUAN





