
GENESIS GV60 2023,PERKENAL CIRI PENGECAMAN MUKA UNTUK BUKA PINTU DAN HIDUPKAN ENJIN
Genesis merupakan sub jenama Hyundai dengan fokus kepada pembangunan kenderaan ultra mewah, namun ini tidak menghalang Genesis untuk menghasilkan SUV elektrik yang mewah. Bagi model tahun 2023 untuk pasaran Eropah, ia akan menerima ciri baru iaitu pengecaman muka pemilik bagi membuka pintu kenderaan dan juga menghidupkan enjin
Sistem yang dikenali sebagai Face Connect akan memberikan pelanggan akses untuk membuka pintu kereta hanya dengan menggunakan muka mereka sahaja. Teknologi ini dibina dengan sensor pengecaman muka dan juga unit pemprosesan data biometrik yang boleh belajar mengecam muka pemilik
Anda hanya perlu membuka SUV ini dengan kunci sekali sahaja sebelum membuat tetapan muka anda untuk menghidupkan enjin tanpa menggunakan kunci fizikal lagi. Genesis berkata sistem ini boleh dibuat dengan memasang indikator LED pada tiang B yang akan memberikan status maklumat samaada kereta sudah berkunci ataupun belum. Sistem ini juga akan memastikan tiada rekod biometric dimuat naik dan disimpan dalam peranti lain selain data yang ada dalam SUV Genesis

Jika teknologi ini kedengaran agak biasa bagi anda, jangan terkejut kerana teknologi ini sudah digunakan oleh telefon pintar anda yang membuka dan mengunci skrin hanya dengan pengecaman wajah pemilik sahaja. Genesis percaya teknologi sebegini adalah sesuai untuk pemilik yang tidak mahu membawa kunci kereta ketika aktiviti sukan lasak dilakukan
Genesis GV60 merupakan SUV elektrik sepenuhnya keluaran mereka dengan 2 varian utama samaada GV60 Advance dengan ciri pacuan semua roda AWD dan jarak pemanduan sejauh 400km untuk satu pengecasan penuh. Bagi varian Performance, ia ditawarkan dengan motor elektrik lebih berkuasa iaitu 429 kuasa kuda.

