Buletin

BENTLEY CATAT REKOD BARU, HASILKAN 1,000 BALANG MADU

Tahun 2022 merupakan tahun yang cemerlang buat “Flying Bees” Bentley di mana syarikat itu telah berjaya merekodkan penghasilan sebanyak 1,000 balang madu!

Madu Bentley ini diperoleh daripada Excellence Centre for Honey Production yang ditubuhkan sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian #GOTOZERO Bentley.

Pada awal operasi, sebuah koloni yang terdiri daripada 120,000 ekor lebah madu ‘ditugaskan’ untuk mengutip madu di pusat tersebut.

Sehingga kini, Bentley mempunyai lebih daripada 600,000 ekor lebah madu di sepuluh sarang lebah yang aktif.

Kesihatan dan kesejahteraan lebah madu ini dijaga oleh “Buckley Bees”, selain memastikan setiap titisan madu asli itu tidak dibazirkan begitu sahaja.

Menurut Bentley, proses pengekstrakan madu lebah dijalankan dengan terperinci dengan kualiti yang boleh diharapkan daripada sebuah jenama Bentley.

Kemudian, madu itu akan diisi ke dalam balang yang serba elegan sebelum ditawarkan sebagai hadiah unik kepada pelawat VIP dan pelanggan yang berkunjung ke ibu pejabat mereka di Crewe.

Google ads
Back to top button