BuletinMotosikal

GIVI PENAJA RASMI ACARA LE TOUR DE LANGKAWI 2018

Pengeluar jenama akesesori motorsikal terkemuka dunia, GIVI hari ini secara rasmi telah dilantik selaku penaja rasmi topi keledar untuk pasukan pengiring Polis Diraja Malaysia, pasukan Marshall dan Media bermotorsikal di acara perlumbaan basikal Asia terkemuka dunia, Le Tour De Langkawi Edisi ke 23.

Acara perlumbaan tersebut yang dianjurkan oleh Ciclista Sports dan di sokong penuh oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan
bermula dari 18 hingga 25 Mac 2018 ini.

GIVI selaku penaja rasmi topi keledar pasukan tersebut akan menyumbang model popular mereka M30.3 D-Visor. Dihasilkan menggunakan buatan asas ‘technopolymer’ beserta ‘inner lining sponge’ tebal, model ini diharap dapat member keselesaan dan keselamatan bagi pihak
polis, marshall dan media di dalam menjalankan tugas penting mereka.

Menurut On Hai Swee, Pengarah Urusan GIVI Asia, “Ini merupakan julung kalinya, GIVI dilantik sebagai penaja rasmi topi keledar untuk pasukan pengiring bermotorsikal dalam acara perlumbaan berbasikal terkemuka ini. Keselesaan dan keselamatan sentiasa menjadi aspek
penting bagi GIVI yang sudah beroperasi lebih 40 tahun.

Jadi dengan penajaan ini, kami sangat berharap dua aspek ini dapat di capai bersama”.

Google ads
Back to top button