Buletin

TEASER VOLVO EX90 – SUV ELEKTRIK TUJUH TEMPAT DUDUK, PEKALI SERETAN 0.29 SAHAJA

Volvo bakal melancarkan SUV elektrik terbaharu EX90 pada 9 November ini.

Setelah beberapa kali mereka menyiarkan gambar acah yang menampilkan teknologi dan susun atur ruang kabin, kali ini Volvo mendedahkan sedikit rekaan luaran SUV EX90 ini.

Difahamkan, Volvo EX90 bakal memiliki angka pekali seretan 0.29 bertujuan untuk memaksimumkan jarak gerak, terima kasih kepada rekaan hadapan yang ‘kosong’ tanpa bukaan jeriji, pemegang pintu yang tertanam serta rekaan rim yang lebih aerodinamik.

Sebagai sebuah SUV yang paling selamat, Volvo melengkapkan EX90 dengan pelbagai ciri keselamatan, dibantu dengan sistem LiDAR, 16 penderia ultrabunyi, lapan unit kamera dan lima radar untuk pemantauan di luar.

Untuk kabin pula, sistem radar turut digunakan untuk sistem pengesanan penumpang dan haiwan peliharaan, serta pemantauan keadaan tumpuan pemandu semasa.

Lebih banyak info lanjut bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi Volvo EX90 pada minggu depan.

Google ads
Back to top button