Artikel Pilihan

HKS HASILKAN SISTEM EKZOS BARU UNTUK NISSAN SKYLINE GTR

Enjin Nissan yang paling terkenala iaitu RB26DETT yang digunakan pada model Nissan Skyline terus menerima komponen naiktaraf terbaru, kali ini daripada syarikat talaan terkenal iaitu HKS (bukan pasaraya hock kee seng). HKS mengumumkan mereka telah menghasilkan ekzos manifold dengan teknologi “dual wall” bagi menaikkan kecekapan enjin, meningkatkan kuasa enjin dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida

Katalog HKS Advance Heritage dipertontonkan pada Tokyo Auto Salon serta dipamerkan bersama-sama sistem ambilan udara baru yang dihasilkan oleh HKS. Komponen ini akan dihasilkan daripada CFRP Carbon Fibre Reinforced Polymer untuk lebih ringan dan tahan lasak

Ekzos manifold “dual wall” menampilkan sistem struktur penebatan berganda antara dinding luar dan dalam dengan vacum antara bahagian lapisan ini “dual wall” ini. Ekzos manifold dan manifold kemasukan udara ini akan mula dijual pada musim panas 2022. Aksesori ini merupakan komponen tambahan kepada intercooler, paip, tiub bahan api, pam minyak enjin, klac prestasi tinggi dan beberapa komponen suspensi yang lain

Enjin RB26DETT telah ditamatkan pengeluarannya apabila model Nissan Skyline GT-R 34 ditamatkan produskinya pada tahun 2002 oleh Nissan, tapi enjin ini memiliki permintaan yang cukup tinggi di kalangan peminat disebabkan kemampuannya menghasilkan kuasa yang cukup besar dengan komponen aftermarket.

Pada tahun 2019, Nismo mula menjual blok enjin dan kepala silinder RB26DETT ini dengan harga 53,400 USD dan komponen enjin ini dijual berasingan dibawah pakej Nismo Heritage Part Programme

Google ads
Back to top button