Buletin

GT-R FESTIVAL PELUANG CIPTA REKOD MALAYSIAN BOOK OF RECORDS, BERTEMU ‘BAPA GT-R MODEN’ – BERLANGSUNG 4-6 OKTOBER 2024

Jika anda pemilik Nissan GT-R R35, GT-R Festival yang akan berlangsung pada 4-6 Oktober 2024 di Crowne Plaza Penang Straits City adalah acara wajib anda sertai.

Festival ini bukan sahaja bakal mencipta sejarah dengan menjadi perhimpunan GT-R terbesar di Malaysia, malah juga akan mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records.

Acara selama tiga hari dua malam ini juga merupakan acara pra-kursor kepada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur yang akan berlangsung dari 8-10 November 2024.

Lebih menarik, para pemilik GT-R akan berpeluang untuk bertemu secara langsung dengan Hiroshi Tamura, yang dikenali sebagai ‘Bapa GT-R Moden’.

Hiroshi Tamura ialah Ketua Pakar Produk Nissan dan dianggap sebagai orang ketiga yang berperanan besar dalam pembangunan GT-R, selepas Kazutoshi Mizuno (Godfather GT-R) dan Shin’ichiro Sakurai (pembangun asal Skyline).

Sejak menyertai Nissan pada tahun 1984, Tamura telah terlibat secara mendalam dalam pembangunan beberapa model GT-R, termasuk R34 Skyline GT-R.

Beliau dilantik sebagai Ketua Pakar Produk pada tahun 2006 dan sejak itu memainkan peranan penting dalam evolusi GT-R ke dalam dunia kereta sport moden.

Tamura bukan sahaja pakar dalam pembangunan GT-R, tetapi juga seorang pemandu kereta lumba dan terkenal dalam komuniti permainan video sebagai salah seorang yang menyokong Kazunori Yamauchi, pencipta permainan video ikonik Gran Turismo.

Kategori Penyertaan dan Yuran

GT-R Festival ini dibahagikan kepada dua kategori penyertaan: Elite dan Ultimate Elite. Setiap kategori menawarkan pelbagai manfaat, termasuk penginapan mewah serta pengalaman eksklusif bersama Hiroshi Tamura.

Kategori Elite (RM1,999 – terhad kepada 250 kereta)

  • 3 hari 2 malam penginapan termasuk sarapan untuk 2 orang di Crowne Plaza Penang Straits City.
  • Makan malam perhimpunan pemilik GT-R.
  • Konvoi GT-R untuk sarapan pagi di Jambatan Kedua Pulau Pinang hingga ke Setia Spice.
  • Sesi bertemu dengan Hiroshi Tamura.
  • Pesta selepas Festival GT-R.
  • Penggambaran epik video dan foto perhimpunan GT-R terbesar di Malaysia.
  • 1 t-shirt edisi terhad Festival GT-R.
  • 2 tiket percuma ke Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur.

Kategori Ultimate Elite (RM3,499 – terhad kepada 20 orang)

  • Makan malam eksklusif bersama Hiroshi Tamura.
  • Jaket eksklusif Festival GT-R.
  • 2 tiket VIP percuma ke Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024.
  • Semua manfaat Kategori Elite.

Festival ini menawarkan peluang keemasan bagi peminat dan pemilik GT-R untuk berkumpul, berkongsi pengalaman, serta bertemu dengan ikon GT-R moden.

Untuk sebarang pertanyaan atau untuk mendaftar, anda boleh menghubungi:

  • Faiz: +60 12 302 5087 / faiz@elementx.my
  • Christine: +60 12 332 2156 / christine@elementx.my
  • Annisa: +6016 955 5651 / annisa@elementx.my
  • Qairun: +6014 501 2912 / qairun@elementx.my
  • EA: +6016 948 6337 / eacc@elementx.my

Maklumat lanjut mengenai Festival GT-R boleh didapati di laman web tokyoautosalonkl.com/gtrfest

Google ads
Back to top button