Buletin

GUDANG PEMBEKAL HONDA TERBAKAR!

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) hari ini menyatakan bahawa gudang pembekalnya, Nistrans Malaysia yang terletak di Melaka telah terbakar pada 3 Ogos lalu.

Honda logo

Nistrans Malaysia bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengurusan logistik dan gudang kepada Honda Malaysia. Gudangnya menyimpan semua alat ganti CKD Honda.

90 peratus gudang seluas 130,000 kaki persegi itu musnah dan dianggarkan2,500 unit alat ganti CKD Honda turut terjejas. Api bagaimanapun berjaya dipadamkan dalam masa lima jam. Tiada kecederaan dilaporkan dan sisatan sedang dijalankan.

Berikutan insiden ini, No. 1 Line Honda terpaksa menghentikan produksi selama empat hari dan enam hari untuk No. 2 Line. Kini, kedua-dua saluran produksi itu telah pun beroperasi seperti biasa. Honda Malaysia akan memantau rapi situasi bekalan alat ganti serta menilai impaknya terhadap jadual pengeluaran.

“Kami sedih dengan berita kebakaran dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Nistrans. Kami kini bekerjasama rapat dengan Nistrans untuk membantunya. Honda Malaysia juga akan melakukan apa yang terdaya untuk meminimumkan impak insiden ini kepada para pelanggan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif  Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button