Motosikal

YAMAHA Y15ZR – RM8,000 SEUNIT!

Pengenalan motosikal baharu Yamaha tidak pernah tidak mendapat sambutan hangat atau minat mendalam daripada pengguna tempatan.

Yamaha-Y15ZR-mekanika (7)

Jadi, apabila Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) memperkenalkan moped terbaharunya, Yamaha Y15ZR baru-baru ini, ia pantas menjadi trending di internet.

HLYM sebenarnya mengambil masa yang agak lama untuk memperkenalkan Yamaha Y15ZR. Sedangkan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam telah pun memperkenalkan model sama, tetapi menggunakan nama berbeza (Exiter 150 FI dan Jupiter MX King).

Yamaha-Y15ZR-mekanika (9)

Menjawab persoalan tersebut, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran HLYM, Voon YK memberitahu, pihaknya perlu mengambil kira pelbagai aspek terutama perkhidmatan selepas jualan sebelum melancarkan apa jua model baharu ke pasaran.

Berbalik kepada Yamaha Y15ZR, jentera ini dikuasakan oleh enjin slinder tunggal empat lejang dan empat injap SOHC bersama sistem penyejukan cecair. Enjin bersesaran 150 dengan sistem pancitan bahan api (FI) itu mampu menjana kuasa mencecah 15.4PS @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm.

Yamaha-Y15ZR-mekanika (12)

Digabungkan dengan kerangka yang ringan, moped itu menjanjikan tunggangan yang sporty dan mengujakan.

Biarpun dengan pengenalan Yamaha Y125ZR, HLYM menjelaskan bahawa model Yamaha Y125Z masih dijual seperti biasa. Ini kerana Yamaha Y125Z dikatakan telah menepati garis panduan motosikal dua lejang yang ditetapkan oleh kerajaan.

Yamaha-Y15ZR-mekanika (2)

“Kuasa baharu telah tiba di atas jalan Malaysia dalam bentuk Y15ZR yang kompak dan berkuasa. Dengan kuasa dan kelincahannya, saya yakin motosikal baharu ini mampu menarik minat pemandu yang mahukan prestasi,” kata Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor Mun Wei.

Melihat dengan lebih dekat, Yamaha Y15ZR memiliki pelbagai ciri menarik. Antaranya termasuklah panel meter multi fungsi bersama paparan LCD yang boleh diprogramkan, sepasang lampu utama LED, cakera brek lebih besar (245mm) untuk roda hadapan, fender belakang sporty, tayar selebar 120/70/17 untuk roda belakang, ekzos bersama tiga peringkat redaman dan banyak lagi.

Yamaha-Y15ZR-mekanika (16)

Yamaha Y15ZR didatangkan dalam tiga pilihan warna serta grafik menarik iaitu biru, merah dan hitam. Ia boleh anda miliki pada harga RM7,999.82 seunit (termasuk GST).

Motosikal ini akan berada di semua pengedar Yamaha mulai hujung bulan ini.

GALERI

Yamaha-Y15ZR-mekanika (1)Yamaha-Y15ZR-mekanika (1)Yamaha-Y15ZR-mekanika (3)Yamaha-Y15ZR-mekanika (15)Yamaha-Y15ZR-mekanika (14)Yamaha-Y15ZR-mekanika (10)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button