Buletin

PORSCHE BERI BONUS RM42K, TAPI MINTA PEKERJA DERMA KEPADA PROGRAM BANTUAN COVID-19

Sejak penularan wabak COVID-19, boleh dikatakan hampir semua pengeluar kenderaan terpaksa memberhentikan sementara operasi kilang masing-masing. 

Malah, kepakaran teknologi yang ada digunakan untuk menghasilkan produk berkaitan keselamatan untuk kegunaan hospital serta orang awam seperti topeng muka, pakaian dan mesin bantuan pernafasan (ventilator). 

Porsche tidak terkecuali terkena tempias itu. Pengeluar kereta mewah tersebut mengumumkan penutupan kilanhgdi di Zuffenhausen dan Leipzig, Jerman pada 18 Mac sehingga 14 Apriil depan.

Bagi mengurangkan beban kewangan kakitangannya, Porsche baru-baru ini memberikan bonus sebanyak €9,000 (RM42,200) dengan €700 (RM3,300) lagi sebagai sumbangan pelan pencen pekerja. 

Bonus itu dilihat wajar berikutan jualan Porsche naik 7.6 peratus kepada 61,568 unit sepanjang tahun 2019. 

Namun, pemberian bonus itu datang sekali dengan sedikit permintaan. Ketika Porsche meningkatkan jumlah sumbangan sebanyak €5 juta (RM23.5) melibatkan makanan dan bekalan perubatan, syarikat itu meminta para pekerjanya supaya menderma. 

Senang cakap, bonus itu datang dengan permohonan derma bagi menyokong program Porsche Aid. 

Untuk makluman, Porsche mencatat perolehan lebih AS$25 bilion (RM224 bilion) setahun. Takkan masih nak pow pekerja lagi?  

Google ads
Back to top button