Artikel Pilihan

GUNA ELEKTRIK YANG DIHASILKAN OLEH JANAKUASA ARANG BATU TAK MESRA ALAM?

Penulis ada terbaca komen dan status berkenan dengan satu persoalan yang logik untuk difikirkan, betul ke kalau kita caj kereta elektrik dengan menggunakan elektrik yang dijana oleh arang baru atau stesen janakuasa konvensional ni sebenarnya lebih mencemarkan alam sekitar?

Sebab pada pandangan mereka, mengecaj kereta elektrik yang dijana dengan bahan api fosil sebenarnya menghasilkan lebih banyak gas karbon dioksida berbanding dengan menggunakan kenderaan dengan enjin pembakaran dalam.

Biasanya enjin petrol moden datang dengan kecekapan tenaga sekitar 26%, dan sekiranya menggunakan sistem suntikan bahan api terus dengan turbo (TGDI) besar kemungkinan kecekapan akan lebih meningkat disebabkan tenaga haba akan digunakan semula menggerakkan sistem turbo.

Sebagai perbandingan pula enjin turbodiesel pula memiliki sekitar 40% thermal efficiency, namun enjin turbodiesel perlu menggunakan Diesel Particulate Filter bagi mengatasi isu asap jelaga (soot) dan sulfur oxcide yang boleh menjadi punca pada hujan asid.

Enjin petrol hibrid moden pula boleh mencapai thermal efficiency sehingga 40-42%, tapi seperti biasa enjin hybrid moden akan beroperasi dengan menggunakan kitaran enjin Atkinson untuk mendapatkan kecekapan yang tinggi.

Teknik enjin Atkinson adalah mudah, besarkan lejang kuasa berbanding dengan dengan lejang mampatan. Tapi teknik ini menjadikan kuasa enjin Atkinson agak lemau. Cuba anda tengok brochure kereta hybrid dan bandingkan dengan enjin biasa yang guna Otto Cycle dalam kitaran enjin,terdapat perbezaan yang ketara antara kuasa yang dihasilkan oleh kedua dua enjin.

Tapi disebabkan kereta hybrid menggunakan motor elektrik yang menghasilkan tork tinggi dengan segera, kelemahan enjin Atkinson tidak dirasai sangat. Biasanya enjin Atkinson pada hybrid moden akan sebagai pengecaj bateri sahaja. Malah tiada sambungan terus antara enjin dan juga roda.

Enjin yang paling cekap tenaga haba ialah enjin jentera F1, dengan kecekapan haba boleh mencapai sehingga 50%. Tapi memang tidak menghairankan sebab enjin F1 dipasang dengan sistem Motor Generator Unit – Heat (MGUH) dan Motor Generator Unit Kinetic (MGUK)

Tapi adakah enjin F1 menjimatkan bahan api? Tak jimat sebab ni enjin perlumbaan, dengan purata enjin ini menelan petrol yang tinggi, sekitar 3km bagi setiap liter. Sebab enjin F1 tidak menjimat ialah mana ada pelumba memandu dengan berhemah di atas liatr, semua pakat bedal 14,000 RPM

Sama seperti enjin pada kereta biasa, operasi enjin yang paling efisyen adalah di antara 1500-3000 RPM. Tapi secara realiti adalah sukar untuk anda memandu dengan berhemah, kena cucuk dengan Axia pun dah panas dan anda terus tekan pedal minyak sehingga naik ke 5000 RPM. Macam mana nak jimat?

Operasi enjin dalam keadaan efisyen ini disebut sebagai brake spesific fuel consumption

Enjin kena beroperasi dalam hanya satu julat RPM saja untuk terus kekal jimat. Konsep ini sama sahaja yang digunakan oleh stesen janakuasa samaada janakuasa arang atau gas turbin bagi mengekalkan kecekapan haba yang tinggi

Secara purata coal power plant atau stesen janakuasa arang batu boleh mencapai sehingga 38.6% efficiency sepanjang operasi, dan boleh naik sehingga 56-60% bagi stesen janakuasa yang lagi kompleks dan menggunakan combine cycle (Rankine-Brayton Cycle).

Natural gas power plant atau stesen jenakuasa elektrik yang menggunakan gas turbin pula boleh mencapai sehingga 60% thermal efficiency, sebagai contoh Kawasaki Thermal Power Plant. Ya thermal power plant masih produce carbon dioksida, tapi operasi stesen janakuasa lebih efisyen daripada enjin yang ada dalam kereta

Jadi samaada kita menggunakan arang batu ataupun gas turbinuntuk menjana tenaga elektrik dan digunakan untuk mengecaj EV sebenarnya lebih cekap daripada kita menggunakan kereta dengan enjin petrol. Terdapat data yang menunjukkan EV mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sehingga 23% daripada kereta biasa dan menjelang 2040 angka ini meningkat pada 32%.

Google ads
Back to top button