Advertorial

GWM HAVAL H6 HEV: SUV HIBRID DENGAN PAKEJ YANG HAMPIR SEMPURNA

Pasaran kenderaan baru pada hari ini sebenarnya banyak dikuasai oleh SUV ataupun crossover berbanding sedan yang besar. Malah banyak model sedan besar yang satu ketika dulu gagah menelusuri jalan raya sudah tidak lagi menerima model baharu.

Model terbaru sedan segmen D seperti Nissan Teana, Honda Accord, Hyundai Sonata dan Kia K5 tidak lagi dijual. Sebaliknya ia diganti oleh SUV yang makin popular seperti GWM Haval H6 HEV

SUV dan crossover menjadi popular disebabkan rekaannya yang unik dengan menggabungkan aspek praktikal, kedudukan pemandu yang tinggi dan ciri keselamatan yang baik.

Jarak kelegaan dari permukaan tanah yang tinggi juga memudahkan pemandu mengharungi apa jua bentuk laluan, sekali gus menjadikan SUV pilihan yang sesuai untuk gaya hidup aktif.

Sebagai contoh GWM Haval H6 datang dengan jarak kelegaan sehingga 175mm, sudah cukup bagus bagi aktiviti offroad ringan dan beriadah bersama ahli keluarga di hujung minggu

Namun rekaan yang tinggi, saiz badan yang besar dan berat turut menyebabkan SUV tidak dapat menawarkan penjimatan bahan api yang setanding dengan kereta kompak.

Keadaan itu memaksa pengeluar menghasilkan varian hibrid bagi mengimbangi faktor kuasa dan penjimatan bahan api.

Walaupun ada SUV lain dijual pada harga yang hampir sama, GWM Haval H6 HEV ada kelebihan tersendiri dengan sistem hibrid yang berkuasa dan sangat cekap tenaga.

Dengan jarak antara roda mencecah 2,738mm ia menawarkan ruang kabin yang terbaik di dalam kelasnya. Walaupun mempunyai saiz SUV segmen C, GWM Haval H6 HEV ditawarkan pada harga SUV segmen B!

Hasil daripada jarak antara roda yang panjang ini, GWM Haval H6 HEV menawarkan ruang kaki yang sangat luas di bahagian tempat duduk belakang berbanding pesaingnya.

Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan ruang bagasi sehingga 560 liter bagi membolehkan pemilik mengembara atau pulang ke kampung dengan selesa, walaupun dipasang dengan komponen dan bateri hibrid.

Tidak cukup dengan itu, ruang tersebut boleh dibesarkan sehingga 1,485 liter apabila penyandar tempat duduk belakang dilipat rata. Ini membuktikan kejuruteraan dan kebijaksanaan ruang dalaman GWM Haval H6 HEV.

Sistem hibrid GWM Haval H6 HEV menawarkan gabungan kuasa sehingga 243PS dan tork setinggi 530Nm. Kuasa itu terhasil daripada gabungan enjin 4 silinder bersesaran 1,500cc turbo dan motor elektrik.

Hasilnya SUV hibrid inj mampu memecut dari 0-100km/jam dalam masa hanya 7.7 saat. Ini adalah jauh lebih pantas berbanding Proton X70 (9.8 saat), Honda CR-V e:HEV (9 saat), dan Jaecoo J7 PHEV (8.5 saat).

Biarpun begitu, masih dapat menawarkan penjimatan yang menakjubkan iaitu sekitar 5.8 liter bagi setiap 100km. Malah sistem HEV boleh mengecas sendiri dengan bantuan enjin ataupun semasa brek regeneratif, tidak memerlukan soket kuasa elektrik seperti jentera PHEV.

Pemilik tidak perlu memikirkan isu pengecasan untuk memastikan penjimatan petrol yang luar biasa. Biarkan sahaja sistem HEV pada GWM Haval H6 mengecas dengan pintar semasa ia dipandu.

Teknologi hibrid GWM membuktikan sistem hibrid bukan sahaja lebih berkuasa, tetapi pada masa yang sama lebih menjimatkan berbanding enjin turbo biasa.

Bagi memberi ketenangan minda kepada pelanggan, jentera ini hadir dengan jaminan enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 kilometer. Ini merupakan antara jaminan terbaik yang pernah ditawarkan dalam industri automotif.

Bukan itu sahaja, GWM Haval H6 HEV menawarkan jaminan selama 8 tahun atau perbatuan sejauh 1,000,000km ke atas sistem hibrid (HEV). Manakala waranti penuh kenderaan adalah selama 7 tahun atau perbatuan sehingga 200,000km (kecuali untuk alat ganti haus dan lusuh)

Dari segi kos pemilikan, GWM Haval H6 HEV menawarkan servis yang berpatutan di dalam kelasnya. Kos servis bermula pada harga cuma RM425.50 untuk servis pertama dan sela masa servis yang lebih panjang iaitu setiap 15,000km.

Jika anda merujuk ke laman sesawang GWM Malaysia, kos penyelenggaraan selepas 24 bulan atau jarak perbatuan sejauh 25,000km hanya RM819.70. Angka itu diperoleh selepas dicampur dengan dua items yang perlu ditukar iaitu penapis udara enjin (RM240) dan penapis penyaman udara (RM111).

GWM Haval H6 HEV adalah contoh bagaimana pengeluar kenderaan berjaya menghasilkan sebuah SUV mampu milik, berkuasa dan menjimatkan dalam satu pakej.

Ini ialah sebuah SUV bersaiz segmen C, tetapi dijual pada harga segmen B iaitu sekitar RM139,800 seunit dan lengkap dengan pelbagai teknologi terkini.

Sejak dilancarkan pada Oktober tahun lalu dan diikuti oleh aktiviti pemasangan tempatan (CKD) di kilang milik EP Manufacturing Berhad (EPMB) di Melaka, SUV hibrid itu dilihat semakin mendapat sambutan dengan lebih 1,500 unit telah diserahkan kepada pelanggan.

Apa yang lebih menarik bermula 1 Mac 2025, GWM telah melancarkan program penyelenggaraan percuma selama 5 tahun. Jadi, memiliki sebuah GWM Haval H6 HEV pasti sangat berbaloi!

Google ads
Back to top button