
MENYINGKAP TEKNOLOGI PINTAR GWM. PLATFORM L.E.M.ON, COFFEE INTELLIGENT
GWM menggunakan teknologi sistem pemanduan pintar seperti GWM L.E.M.O.N, Coffee Intelligent pada kenderaan dihasilkannya untuk menjadikan jenama itu sebagai peneraju dalam teknologi pintar.
L.E.M.O.N ialah platform teknologi modular yang boleh diubah suai untuk menyokong pembangunan kenderaan kecil hingga besar, SUV dan MPV.
Platform pintar itu menawarkan kelebihan dari fleksibiliti, prestasi terbaik, keselamatan serta lebih ringan, sekali gus mengurangkan daya impak dalam struktur kabin.

Menurut Ketua Pegawai Teknikal GWM, platfrom tersebut meliputi panjang kenderaan 4,200 hingga 5,100mm dan 1,830 – 1,975mm lebar. Ia juga menyokong pembinaan pelbagai jenis model dari segmen kelas A0 – D, termasuk SUV, MPV.
Dari segi kuasa, platform L.E.M.O.N. menyediakan rangkaian kuasa ICE kuasa hibrid, elektrik tulen BEV, tenaga hidrogen dan FCEV. Ia melibatkan, enjin turbo 1.5L, turbo 2.0L, termasuk empat enjin kecekapan tinggi konvensional serta tiga enjin hibrid.
Beralih kepada Coffee Intelligent, ia merujuk kepada kepada sistem pintar untuk mobiliti masa hadapan seperti pemanduan dan seni bina elektronik atau elektrik pintar.
Platform itu bersedia untuk mencipta pengalaman pemanduan lebih selesa berbanding sebelum ini, selain mempunyai keupayaan menghubungkan manusia dengan kenderaan.
Coffee Intelligent memberi tumpuan kepada pelbagai ruang mudah alih seperti persekitaran dalaman 360° serta persekitaran luaran 360°.
Ia juga mempunyai ketersambungan dengan struktur elektronik atau elektrik baharu GWM 3.5-G dan 4.0-G, menjadikan GbE (gigabit Ethernet), 5G termasuk V2X boleh diakses bagi melaksanakan fungsi keselamatan kenderaan.
Dengan perkembangan pesat 5G, AI dan beberapa teknologi baru, GWM optimitis menerusi perancangannya untuk menjadi jenama automotif yang berkembang sesuai citarasa masa kini.
- BACA: GWM MALAYSIA BERI KEJUTAN KEPADA PELANGGAN TERAWAL ORA GOOD CAT – HANTAR DALAM KOTAK HADIAH LUTSINAR GERGASI!
- BACA: GWM MALAYSIA RASMI MULAKAN OPERASI. MAHU LANCAR BANYAK MODEL BAHARU
- BACA: GWM PECAT SEMUA PEKERJA, TAK JADI LABUR RM4.3 BILION DI INDIA
- BACA: GWM RASMI LANCAR TANK 500. MILD-HYBRID V6, 349HP, BERMULA RM221K









