" "
Buletin

TOYOTA LAND CRUISER 2022 TERIMA BODYKIT BAHARU DARIPADA MODELLISTA

Setiap kali Toyota memperkenalkan model baharu, pasti ada firma talaan yang akan menawarkan bodykit tidak lama selepas itu. 

Sama lah yang berlaku selepas pelancaran Land Cruiser. Tidak menunggu lama, Modellista kini tampil dengan beberapa komponen luaran untuk meningkatkan lagi gayaan SUV tersebut. Seperti yang boleh dilihat, penampilannya tidaklah terlalu ketara, tetapi SUV itu menerima bampar hadapan dan belakang. 

Macam biasa, rekaan bampar hadapan keluaran Modellista itu kelihatan sedikit ‘sibuk’ dengan perumah lampu kabus berwarna hitam. Bahagian belakang pula lebih sporty menerusi penampaan peresap udara. Kalau tidak cukap, anda boleh membeli dua pilihan set rim aloi bersaiz 21 inci berwarna hitam matte atau hitam berkila/ 

Memandangkan SUV standard itu sudahpun cantik dan maskulin, jadi Modellista tidak menghasilkan bodykit yang berlebihan. Namun, pasti ada yang berharap Modellista akan menghasilkan bodykit lain seperti spoiler, pemijak kaki sisi dan sebagainya. 

Land Cruiser 2021 dibina di atas platform TNGA dan menggantikan enjin lama 5.7 litet V8 dengan enjin turbo berkembar 3.5 liter V6 berkuasa 409hp dan tork 650Nm. 

GALERI

Google ads
Back to top button