Buletin

CKL GROUP TAWAR PROGRAM PERLESENAN LIM TAYAR FAMILY

CKL Group baru-baru ini melancarkan program pelesenan Lim Tayar Family (LTF) bagi industri selepas jualan yang terdiri daripada penjual tayar dan pemilik bengkel kereta untuk mengembangkan perniagaan dan keuntungan mereka.

Melalui program LTF, penjual tayar dan pemilik bengkel akan menerima kepakaran serta sokongan untuk memajukan dan menguruskan perniagaan mereka menerusi Lim Tayar, yang terkenal dalam industri perkhidmatan kenderaan di Malaysia.

Pengarah Urusan Bersama CKL Group, Clement Lim memberitahu banyak rintangan terpaksa dihadapi oleh peniaga kenderaan yang disebabkan oleh pandemik yang melanda sejak tahun lepas.

“Justeru, kami mewujudkan program ini khusus untuk menawarkan bantuan kepada para pemilik yang menantikan peluang yang lebih baik. Program ini sesuai untuk mereka yang ingin mengembangkan perniagaan dan disokong oleh pusat perkhidmatan kenderaan terkemuka.

“Lim Tayar merupakan salah satu pusat sehenti servis kenderaan terbesar di Malaysia. Bersama syarikat gabungan kami iaitu School of Skills yang menawarkan latihan teknikal vokasional, kami yakin dapat membantu rakan kongsi untuk membina kemahiran kakitangan mereka dan mengurangkan masalah tenaga kerja yang dihadapi oleh industri ini,” katanya lagi.

Di bawah program ini, bengkel berlesen atau penjual tayar akan mendapat sokongan kerana Lim Tayar mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam industri. Faedah lain termasuk sokongan stok seperti tayar, minyak enjin, alat ganti, bateri dan pemasaran.

Di samping penyelesaian operasi perniagaan yang menyeluruh meliputi sistem jualan, senarai harga tetap dan premis perniagaan yang lengkap tersedia yang terletak di lokasi strategik.

Program LTF menawarkan faedah mirip francais. Tetapi rakan bengkel diberi kelonggaran untuk menawarkan perkhidmatan atau kepakaran dalam bidang lain selain yang ditawarkan oleh Lim Tayar. Terdapat juga pelan pembiayaan yang fleksibel untuk program ini termasuk pelan bayaran ansuran untuk yuran pelesenan.

Program pelesenan ini membolehkan Lim Tayar untuk mengembangkan perkhidmatan dan rangkaiannnya ke seluruh negara. CKL Group kini mempunyai 18 pusat servis di sekitar Lembah Klang dan satu di Seremban.

Inisiatif itu disokong oleh rakan niaga Lim Tayar seperti Castrol, Nokian, Interstate, Bendix, 3M dan banyak lagi.

Kepada yang berminat, anda boleh layari https://family.limtayar.com.my/ untuk maklumat lanjut tentang program tersebut.

Google ads
Back to top button