
LAMBORGHINI TAWAR AKSESORI GENTIAN KARBON ORIGINAL
Sedia maklum bahawa SUV mewah Lamborghini Urus bukanlah murah. Kalau hendak beli di Malaysia, harganya boleh cecah lebih RM1 juta.
Namun, harga itu tidak pernah membuatkan banyak forma talaan untuk menghasilkan bodykit Urus. Malah, ada juga yang menghasilkan bodykit seperti Urus untuk model lain, misalnya Toyota Harrier.
Terbaharu, Lamborghini ada menawarkan aksesori original yang diperbuat daripada gentian karbon. Dihasilkan oleh Lamborghini Accessori Originali, ia melibatkan kemasan gentian karbon pada bahagian hadapan, perumah cermin sisi, skirting sisi dan bampar belakang.

Pelanggan juga bleh menempah sepasang lencana gentian karbon untuk tampil lebih bergaya. Melangkah masuk ke dalam ruang kabin, anda akan dihidangkan dengan scuff plate, selain kemasan pada papan pemuka dan konsol tengah.
Tidak berhenti di situ, Lamborghini turut menawarkan penutup enjin yang menggunakan material ringan itu. Berapa harganya? Lamborghini tak bagitahu, kalau bagitahu pun, ramai yang tak mampu nak beli.
- BACA: PEMILIK LAMBORGHINI TITIS AIR MATA, PENUHI IMPIAN YOUTUBER OKU
- BACA: BODYKIT ALBERMO XCR11, TUKAR PERODUA ATIVA JADI LAMBORGHINI URUS
- BACA: SEWA LAMBORGHINI URUS, MATIKAN PERANTI PENGESAN, BAWA LARI. LICIK PENCURI NI!!!
- BACA: CARA MUDAH CONVERT TOYOTA HARRIER JADI LAMBORGHINI URUS. BELI BODYKIT CRAFTECH, HARGA PUN MURAH
GALERI














