Artikel Pilihan

SENARAI SYARIKAT KERETA ELEKTRIK YANG GAGAL MENCABAR TESLA.

Tesla merupakan satu-satunya sebuah syarikat startup yang terus bermula dengan mengeluarkan kereta berkuasa elektrik berbanding dengan pengeluar lain yang perlahan-lahan beralih arah dari enjin pembakaran dalam ke arah teknologi elektrik. Namun usaha Tesla telah menarik minat banyak syarikat startup atau syarikat besar yang yang lain untuk mengeluarkan kereta elektrik

Kami senaraikan di sini beberapa syarikat yang dikatakan bakal memberi saingan kepada Tesla tapi akhirnya, gagal dan bankrup.

1. Fisker Automotive – ketika ia mula dilancarkan, syarikat ini berjaya mengumpul 600 juta USD dan model pertamanya berjaya meraih Car of The Year di Amerika. Syarikat ini diasaskan oleh Henrik Fisker yang pernah bertugas sebagai jururekabentuk di BMW dan Aston Martin, serta pernah memberi konsultansi kepada Tesla berkenaan rekaan kereta.

Tesla menyaman Henrik atas alasan pencurian maklumat serta hakcipta namun kes ini digugurkan oleh mahkamah. Namun model perniagaan Fisker Automotive yang memegang prinsip untuk bergantung sepenuhnya pada pembekal dan kekurangan staff kejuruteraan menyebabkan kereta elektrik plug in hibrid mereka terdedah kepada masalah ketahanan serta isu keselamatan apabila kereta mereka terbakar dengan tiba-tiba.

Syarikat ini muflis pada tahun 2014 apabila kerajaan Amerika tidak lagi mahu memberi pinjaman wang, stok kereta yang sudah siap rosak dalam kejadian ribut yang menyebabkan kerugian 33 juta USD serta kegagalan pentadbiran syarikat dalam mengawal komponen menyebabkan kerugian 100 juta USD

2. Nikola Corporation – diasaskan oleh Trevor Milton seorang dropout dari kolej yang telah mengasaskan beberapa syarikat startup yang gagal. Ketika Nikola dilancarkan, Trevor mensasarkan untuk menghasilkan lori (prime mover) yang dikuasakan dengan hidrogen dan juga elektrik. Ok nama syarikat ini sebenarnya agak janggal kerana Nikola Tesla merujuk kepada seorang jurutera elektrik yang membangunkan arus ulang alik.

Elon Musk guna nama Tesla, Trevor guna nama Nikola. Macam kita nak buat kereta sport tapi guna nama Enzo. Macam tue la kiranya

Selain dari nama, Trevor juga melantik abangnya Travis yang langsung tiada pengetahuan dalam teknologi hidrogen sebagai Pengarah Pembangunan Hidrogen. Tapi paling kelakar, ketika Nikola One dilancarkan di satu majlis lori ini tidak mampu menghidupkan peralatan elektrik yang dipasang padanya dan terpaksa bergantung pada punca elektrik daripada plug 120V.

Tambah lagi kelakar, Nikola menyiarkan satu video yang menunjukkan Nikola One sebenarnya boleh bergerak. Namun yang sebenarnya Nikola One dilepaskan dari puncak bukit semasa rakaman video dibuat. Tapi Nikola telah menutup ruangan komen di saluran Youtube mereka. Disebabkan satu laporan yang dinamakan Hinderburg Report, Jabatan Kehakiman Amerika mulai menyiasat Nikola atas dakwaan penipuan memiliki teknologi yang mendorong nilai saham syarikat bertambah.

3. Faraday Future Incorporated – diasaskan oleh Jia Yueting seorang usahawan billionaire dengan mengambil nama seorang lagi saintis elektrik iaitu Michael Faraday. Jia merekrut beberapa eksekutif kanan dari Tesla, Audi, Lamborghini, Ferrari, BMW dan juga Google dalam pasukan yang baru dibentuk pada April 2014.

Pemegang saham terbesar Faraday Future ialah Jia sendiri dengan anggaran kekayan sekitar 7.3 billion USD. Pada tahun 2015, Faraday merancang untuk membuka kilang di Las Vegas dengan kos 500 juta USD dan mampu menawarkan 4500 peluang pekerjaan. Modal yang diperolehi oleh Jia melalui unit pelaburan yang tidak sah melalui undang-undang di China

Tapi Jia sebenarnya ada banyak lagi cabang perniagaan lain seperti penstriman TV, telefon pintar dan Internet yang berada di bawah naungan kongmolerat LeEco. Dan menjelang 2015 di cuba membuka perniagaan LeEco di Amerika yang memerlukan modal yang besar apabila dia cuba buat buat banyak projek dalam satu masa

Akibatnya Faraday Future kehabisan tunai, terpaksa membuang pekerja, menfailkan bankrap dan Jia terpaksa kekal di Amerika bagi mengelakkan diri dari bertemu dengan pelabur di China. Sehingga kini, Faraday Future gagal menghasilkan dan menjual walaupun sebuah kereta berkuasa elektrik. CEO baru Faraday Future, Carsten Breitfeld mengatakan mereka cuba melancarkan kereta elektrik pada tahun 2020.

4. Dyson EV – anda kenal Dyson? Ya jenama elektrik yang menghasilkan pembersih vakum dengan harga sebuah motosikal dan kipas pada harga penyaman udara. Dyson fikir, ia bukanlah satu perkara yang susah sangat untuk mereka menghasilkan kereta elektrik kan

Sir James Dyson menjangkakan syarikatnya perlu melabur 2 billion pound sterling bagi memmastikan kereta pertama mereka keluar dari kilang yang dijangka akan dibuka di Singapura. Manakala unit HQ akan berada di London dengan 500 kakitangan. Namun selepas membelanjakan 500 juta pound sterling, Dyson akhirnya terus menekan brek dalam projek ini sambil melakukan drift 180 darjah

Melalui email yang diberikan pada 500 kakitangan syarikat, James mengatakan walaupun projek ini berjaya dia tidak nampak bagaimana projek ini akan berjaya dari segi komersial. Jadi sebelum ia rugi teruk, baik berhenti sekarang sebelum mereka meneruskan apa-apa komitmen

Google ads
"
"
Back to top button