Buletin

HARGA MINYAK AS JATUH DI BAWAH PARAS SIFAR, PERTAMA KALI DALAM SEJARAH

Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh ke bawah paras $0 iaitu ke paras negatif -$37.65 setong pada lewat Isnin. 

Ia berlaku berikutan pemintaan terhadap komoditi itu terus menjunam akibat krisis penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. 

Situasi yang pertama kali berlaku dalam sejarah itu menyaksikan pedagang terpaksa menjual minyak mentah untuk disimpan ekoran kekurangan tempat simpanan di AS.

Ini bermakna pelabur perlu membayar pembeli untuk mengambil penghantaran minyak mentah. Sekali gus mencerminkan betapa banyaknya lebihan minyak mentah berbanding ruang simpanannya. 

Minyak mentah West Texas Intermediate untuk penghantaran Mei CLK20 merosot -92.96%, penurunan 92.96% untuk didagangkan pada sesi akhir selepas menjunam AS$ 55.90, atau 306%, kepada -AS$ 37.63 setong.

Harga minyak mentah AS jatuh 306 peratus untuk kontrak penghantaran pada Mei. Kejatuhan ini berlaku semasa kontrak niaga hadapan Mei untuk West Texas Intermediate, penanda aras Amerika Syarikat akan berakhir.

Sementara itu, harga minyak mentah Brent pula jatuh 9 peratus kepada sekitar AS$25 (kira-kira RM110) setong.

Justeru, negara dan syarikat pengeluar minyak berusaha untuk mengurangkan pengeluaran mereka.

Malangnya,  mereka tidak dapat mengikut rentak penurunan permintaan global yang menurun dengan cepat ketika ekonomi dunia terus mencatat kejatuhan. – Sinar Harian, Astro Awani, Malaysia Gazette,

Google ads
Back to top button