
TAMATKAN PKP? KITA KENA PENUHI 6 KRITERIA INI DAHULU – KP KESIHATAN
Tinggal lagi seminggu untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3 sepatutnya ditamatkan. PKP yang sudah memasuki tiga fasa itu jelas berjaya mengekang penularan wabak COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia apabila jumlah kes jangkitan baharu dilihat semakin menurun.
Melihat kepada perkembangan yang memberangsangkan itu, ramai yang berharap PKP dapat ditamatkan pada 28 April depan.
Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini menyatakan Kementerian Kesihatan (KKM) masih memantau data pada setiap hari sama ada PKP akan ditamatkan atau sebaliknya.
Buat masa sekarang, belum ada keputusan dibuat. Namun, KKM telah menetapkan enam kriteria yang perlu dipenuhi sebelum KPK boleh ditamatkan.

Pertama: Kawalan sempadan
Jika Malaysia menghentikan kawalan sempadan, besar kemungkinan mereka yang datang akan membawa virus COVID-19. Sekarang pun sudah ada 95 indiviu du yang pulang dari luar negara adalah positif. Selepas disaring dan dikuarantin, 68 dari Indonesia, 12 (UK), 5 (Turki), 3 (Belanda) 2 (AS) dan 1 dari Perancis.
Kedua: Kawalan pergerakan
Jika anda duduk di rumah, kebarangkalian dijangkiti adalah rendah. Jadi, jika ada perhimpunan dalam jumlah yang besar, risiko jangkitan adalah tinggi.
Ketiga: Sistem kesihatan negara
Lihat kepada keupayaan makmal dalam mengesan kes positif. Tanda aras yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan menggunakan rRT-PCR ialah 24 hingga 48 jam. Kalau boleh, kita nak kurangkan masa yang digunakan untuk melaksanakan ujian rRT-PCR kurang 24 jam.
Kena lihat juga dari segi adakah wad dan ICU cukup. Kalau sistem bagus, ia akan menjadi salah satu indikasi sebelum PKP boleh ditamatkan.
Keempat: Melindungi golongan berisiko tinggi
KKM perlu melaksanakan tindakan melindungi golongan berisiko tinggi seperti warga emas, OKU, penerima rawatan kimoterapi, pengidap penyakit kronik dan sebagainya.
Kelima: Amalan norma baharu
Seluruh rakyat Malaysia kini perlu mengamalkan norma-norma yang baru. Misalnya penjarakan sosial, kerap mencuci tangan dan mengelakkan perhimpunan ramai.
Keenam: Kenal pasti kawasan
KKM memerlukan kerjasama rakyat untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan dalam komuniti.
“Ini semua rangka atau strategi sahaja, cara pelaksanaannya masih dalam perbincangan,” jelas Noor Hisham.
- BACA: LANGGAR PKP, POLIS AKAN AMBIL KETERANGAN TIMBALAN MENTERI
- BACA: JIKA MOTOGP 2020 BATAL, KAMI MAHU QUARTARARO UNTUK MUSIM 2021 – RAZLAN
- BACA: MERAJUK DENGAN ISTERI, LELAKI DIDENDA RM1,000 KERANA INGKAR PKP
- BACA: JEPUN SEDIA PAKEJ RM9.6 BILION BANTU FIRMA PINDAH DARI CHINA. SYARIKAT EROPAH & AS PUN MAHU KELUAR JUGA