Buletin

BELI HAPPY MEAL, DAPAT TOMICA TOYOTA GR SUPRA. HANYA DI JEPUN…

Toyota Gazoo Racing telah bekerjasama dengan McDonalds dan Takara Tommy untuk menawarkan kereta mainan Tomica Toyota GR Supra A90 kepada pelanggan restoran makanan segera tersebut. 

Hanya ditawarkan untuk hidangan Happy Meal di Jepun sahaja, pelanggan akan menerima sebuah kereta mainan berkualiti tinggi itu dalam warna merah. 

Turut dikenali sebagai Happy set, warna kereta mainan itu dilihat lebih cerah berbanding Toyota Supra Tomica yang biasa. Lampu pula ditikar dengan bentuk enam titik LED projektor yang meniru model aslinya.

Bagi tujuan promosi, Toyota telah menyiarkan klip video yang menyaksika dua unit Supra melakukan aksi drift mengelilingi sebiji burger dan kentang goreng.  

Bermula 1 Mei 2020, pelanggan boleh mendapatkan tawaran itu di semua restoran McDonalds di wilayah Kyusu dan beberapa McDonalds terpilih di Yamaguchi. 

Harus tahu bahawa kereta mainan ini boleh menjadi collector’s item yang rare kerana ia dihasilkan dalam kuantiti terhad. Tawaran itu akan ditamatkan sebaik sahaja model Tomica tersebut habis.

Tempoh jualan oleh cawangan McDonalds di wilayah Kyushu dan Yamaguchi juga berbeza. Untung lah.. 

Tags
Google ads
Back to top button