Buletin

HARGA RON95, RON97 DAN DIESEL NAIK 3 SEN, BERMULA TENGAH MALAM INI HINGGA 18 DISEMBER 2020

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen kepada RM1.73 seliter dan RM2.03 seliter bermula tengah malam ini sehingga 18 Disember.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga bagi bahan bakar itu sebelum ini masing-masing pada harga RM1.70 sen dan RM2.

Harga runcit diesel turut mengalami kenaikan sebanyak tiga sen iaitu daripada RM1.90 seliter kepada RM1.93 seliter.

“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. -Sinar Harian



Google ads
Back to top button