" "
Motosikal

LELAKI MILIKI YAMAHA NMAX GUNA SYILING. HASIL MENABUNG SELAMA 4 TAHUN

Seorang lelaki berasal dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, Indonesia membeli motosikal impiannya, Yamaha Nmax selepas menabung selama empat tahun.

Menurut laporan detikOto, lelaki bernama Solikhin itu mengunjungi bilik pameran Yamaha Suraco Cabang Mamuju untuk membeli satu unit Yamaha Nmax 155 secara tunai dengan menggunakan ribuan duit syiling.

“Solikhin merupakan penduduk tempatan Mamuju, Sulawesi Barat, yang merupakan seorang penjual kerepek.

“Ketika membayar motosikalnya, dia memberitahu sudah lama menyimpan hasrat mengganti motosikal lamanya dengan Nmax 155 ini.

“Semangat ditunjukkan Solikhin menjadi inspirasi bahawa tiada impian yang tidak boleh dicapai,” kata GM Marketing PT Suracojaya Abadimotor, Frengky J. Tunandar. – agensi

Google ads
Back to top button