Buletin

HAVAL H2 – MAMPUKAH BERI IMPAK DALAM SEGMEN SUV?

Go Auto, pengedar tunggal kenderaan jenama Haval di Malaysia sudah pun melancarkan Haval H2. Pengenalan itu dibuat berikutan penerimaan positif pengguna tempatan terhadap SUV M4 yang muka berada di pasaran sejak tahun lalu.

batch_Haval-H2-2016-mekanika5

Haval H2 disasarkan kepada mereka yang mahukan SUV lebih mewah dan berkuasa, tetapi pada harga berpatutan. SUV tersebut digerakkan oleh enjin turbo bersesaran 1.5 liter.

Enjin petrol itu mampu menghamburkan kuasa maksimum 147hp @ 5,600rpm dan tork puncak 210Nm @ 2,200 hingga 4,500rpm.

batch_Haval-H2-2016-mekanika1

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Haval H2 sebagai versi naik taraf M4. Berbeza dengan M4, H2 disasarkan kepada pelanggan yang lebih matang, berkueluarga dan berusia 30 tahun ke atas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Go Auto, Ahmad Azam Dato’ Sulaiman.

Untuk rekod, M4 telah menerima tempahan sebanyak 1,600 unit sehingga kini. Dengan adanya Haval H2, Go Auto yakin dapat mencapai tempahan sebanyak 6,000 unit pada tahun ini.

batch_Haval-H2-2016-mekanika2

Ditawarkan pada harga bermula RM89,950 seunit, Haval H2 memang kompetitif. Sementara M4 pula boleh anda miliki pada harga di antara RM55,000 hingga RM61,000 seunit.

Haval H2 hadir bersama beberapa ciri menarik. Antaranya ialah kotak gear automatik enam kelajuan, cermin sisi boleh lipat bersama lampu puddle, bumbung suria, tempat duduk pemandu elektrik, upholsteri kulit, paparan TFT berwarna bersaiz 3.4 inci dan stereng multi-fungsi.  Satu skrin sentuh untuk unit infotaimen dan pendingin hawa automatik dua zon juga disediakan.

batch_Haval-H2-2016-mekanika

Dari segi keselamatan, jentera tersebut menerima enam beg udara, Electronic Stability Program (ESP) dan ABS dengan Electronic Parking Brake (EPB).

Bukan itu sahaja, Haval H2 juga hadir bersama Sistem Visual Titik Buta, lampu nyalaan siang (DRL), Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) dan cermin panda belakang anti-silau.

Google ads
Back to top button