Buletin

LEONA CHIN PILIH MITSUBISHI TRITON VGT

Jika biasa dengan perlumbaan grass root, mungkin anda pernah mendengar nama Leona Chin. Si gadis cilik yang terkenal dengan dengan gelaran ‘girl drifter’ ini memilih trak pikap Mitsubishi Triton sebagai kenderaan terbarunya.

batch_Mitsubishi-Triton-VGT-Leona-Chin-mekanika

Sebagai seorang yang gemarkan cabaran, Leona memilih Triton kerana ciri-ciri keseimbangan kuasa, sporty dan mampu menjadikan ia sebuah kenderaan utiliti. Sebagai pelumba, beliau perlu mengangkut banyak peralatan yang berat seperti jack stand, kotak perkakasan, tayar dan kanopi dan sudah tentulah trak adalah pilihan yang terbaik.

“Selain itu, Triton ni nampak sporty, boleh bawak mak jalan-jalan pergi makan!” kata Leona.

PAKEJ MENARIK MITSUBISHI TRITON 2015

Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh Triton ialah termasuklah butang penghidup enjin, sistem kemasukan tanpa kunci, lampu utama jenis Xenon HID dengan lampu nyalaan siang (DRL), paddle shifter, penggilap cermin automatik, skrin sentuh bersaiz 6.1 inci bersama kamera undur, dial kawalan 4WD, kawalan suhu dua zon, stereng teleskopik dan rim aloi 17 inci.

PAKEJ MENARIK MITSUBISHI TRITON 2015

Triton ditawarkan dalam beberapa varian seperti Triton VGT Adventure, VGT (AT) dan VGT (MT). Jentera itu dikuasakan oleh unit enjin 2.5L DOHC 16 injap DI-D Common Rail VGT Intercooler. Enjin tersebut mampu menjana kuasa mencecah 178PS dan tork setinggi 400NM, peningkatan 50Nm berbanding enjin sebelum ini. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik atau manual lima kelajuan.

Bagi varian MT 4×4 dan Quest MT pula, ia menggunakan khidmat enjin DOHC 16 injap DI-D Common Rail Turbocharged Intercooler (136PS & tork 324Nm). Selain enjin DOHC 16 injap DI-D Common Rail Turbocharged bersesaran 2.5 liter berkuasa 110PS dan tork 200Nm.

Google ads
Back to top button