Motosikal

SKUTER RETRO HONDA METROPOLITAN AKAN DILANCARKAN DI INDIA

Honda Motorcycle and Scooter India dijangka memperkenalkan skuter terkininya ke pasaran India tidak lama lagi.

batch_Honda-Metropolitan-scooter-mekanika5

Skuter serba baharu yang tampil dengan gaya retro itu diberi nama Metropolitan. Ia sekali gus menambah rangkaian tawaran motosikal bersesaran kecil Honda di India yang sudah sedia banyak.

Di peringkat global, Metropolitan dikuasakan oleh enjin pancitan terus bersesaran 50cc. Namun untuk pasaran India, Metropolitan dikatakan bakal dijana oleh enjin sama yang digunakan oleh model Activa.

batch_Honda-Metropolitan-scooter-mekanika8

Activa kini dijana oleh enjin silinder tunggal dengan sistem penyejukan udara bersesaran 109.2cc. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa 8bhp dan 8.83Nm tork.

Dipadankan dengan transmisi V-Matic, pecutan maksimum yang dapat dicapai oleh Activa ialah 82km/j.

batch_Honda-Metropolitan-scooter-mekanika1

Metropolitan akan diposisikan di bawah model Honda Activa 125. Sebaik sahaja dilancarkan, jentera kecil itu perlu bersaing dengan model-model seperti Yamaha Fascino, Suzuki Access, TVS Jupiter dan Vespa.

Google ads
Back to top button