" "
Buletin

HAVAL MALAYSIA MULAKAN SIRI JELAJAH ‘HAVAL ROCKS THE TOWN’ DI SHAH ALAM

Go Auto Sales Sdn Bhd, (HAVAL Malaysia) hari ini melancarkan siri jelajah HAVAL Rocks The Town AEON Mall, Shah Alam.

Menjadi sebahagian daripada kempen REIMAGINE Haval, ia merupakan salah satu cara untuk mendekati pengguna dengan jenama tersebut.  

Di Shah Alam, duta Haval H2, Rozita Che Wan dan influencer media sosial untuk Haval H1, Aedy Ashraf turut membuat penampilan khas.

“Kempen REIMAGINE yang dimulakan bersama siri jelajah HAVAL Rocks The Town menyaksikan krew kami, Haval Hollerz meneroka jalan-jalan di Kuala Lumpur dan menjalankan pelbagai aktiviti menarik dengan orang ramai.

“Selain pertandingan karaoke di dalam H2, mereka juga boleh melihat model H1 dnan H2 secara dekat. Dalam erti kata lain, kami membawakan SUV ini kepada anda dan berharap para pelanggan berpotensi akan membayangkan semula kereta impian mereka,” kata Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal.  

Siri jelajah HAVAL Rocks The Town menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Catch the Haval Hollerz, peraduan foto, Haval Carocks (pertandingan karaoke) di mana peserta perlu memuat naik video ke laman Instagram dan Facebook, Like paling banyak akan dikita sebagai pemenang bulanan.

Haval Movez pula ialah pertandingan tarian yang boleh disertai secara solo atau berkumpulan. Para peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM500 pada lapan pusingan kelayakan dan RM4,000 sewaktu peringkat akhir.

Bukan itu sahaja, peraduan mewarna kanak-kanak Haval dan persembahan badut turut disediakan.

“Anda boleh mendapatkan kemas kini mengenai lokasi siri jelajah menerusi laman Facebook atau laman web mikro kami. Matlamat Haval adalah untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh memiliki sebuah SUV pada harga yang kompetitif, terutama dengan promosi yang sedang ditawarkan.

“Saya yakin rangkaian SUV kami mampu memenuhi kehendak pelanggan,” jelas Azli.

Google ads
Back to top button