Buletin

HYUNDAI BAKAL KITAR SEMULA BAHAN BUANGAN PLASTIK JADI HIDROGEN

Pengeluar Korea Selatan, Hyundai bakal menghasilkan hidrogen dengan menggunakan bahan buangan plastik.

Syarikat itu akan membelanjakan AS$337 juta (RM1.4 bilion) membangunkan kilang yang bakal menukar sisa plastik kepada hidrogen ketulenan tinggi.

Jurutera Hyundai menggunakan pirolisis dan penggasan untuk menukar sisa plastik tersebut menjadi hidrogen.

Pirolisis merupakan proses penguraian bahan pada suhu tinggi dalam keadaan lengai untuk mengubah komposisi kimia.

Dalam kes ini, bahan buangan plastik akan ditukar menjadi gas hidrogen.

Produk hidrogen tersebut akan digunakan untuk generasi hidrogen-LNG,  sel bahan api hidrogen dan kenderaan sel bahan api hidrogen.

Pelaburan besar berkenaan merupakan salah satu langkah perancangan Hyundai mencapai karbon semula jadi sepenuhnya dan kilang itu dijangka mula dibangunkan pada separuh pertama tahun hadapan.

Pengeluaran hidrogen pula dijangka pada 2024.

Dalam pada itu, Hyundai sedang membangunkan sistem Metal-CO2 untuk menyerap sebarang pelepasan berbahaya bagi mengimbangi sebarang karbon dioksida dihasilkan kilang tersebut. –carbuzz

Google ads
Back to top button