Motosikal

BENZINA ZERO PERKENAL BARISAN SKUTER ELEKTRIK. JENAMA BAHARU DARI AUSTRALIA

Syarikat pemula dari Australia, Benzina Zero memperkenalkan barisan skuter elektrik baharu iaitu Duo, City, Sport dan Cargo.

Model Duo turut didatangkan dengan varian Duo+ yang menawarkan kelajuan lebih tinggi berbanding Duo asas.

Ia ditawarkan empat pilihan warna iaitu biru,merah,kuning dan putih.

Duo yang merupakan skuter utiliti hadir dengan pelbagai aksesori tersedia seperti rak di bahagian depan, bakul di belakang serta penyangkut untuk memasang papan luncur.

Bagi model City yang menampilkan rekaan retro moden, ia sangat sesuai digunakan di kawasan bandar.

Skuter itu dilengkapi  lampu hadapan LED tunggal, ruang simpanan di bawah tempat duduk dan sistem penggera antikecurian terbina dalam.

Sport lebih menonjolkan rekaan model dengan pilihan warna merah, biru dan putih.

Ruang simpanan bawah tempat duduk pula mampu memuatkan topi keledar dan dilengkapi sistem audio Bluetooth dipadankan pembesar suara berkembar kalis cuaca.

Model Cargo merupakan skuter penghantaran roda tiga dibangunkan Aidea yang pernah membantu masalah penghantaran di Jepun pada awal tahun 2021.  

Kesemua skuter terbaharu itu merupakan kenderaan dua roda elektrik kecuali Cargo yang dikhususkan sebagai kenderaan penghantaran.

Model-model tersebut dijana motor elektrik Bosch dan menggunakan bateri LG.

Skuter berkenaan hadir dengan pengecas USB, sistem pencucuhan tanpa kunci, lampu LED dan paparan LED.

Bagaimanapun, harga bagi kesemua model skuter itu masih belum didedahkan kepada khalayak. –rideapart

Google ads
Back to top button