Buletin

PENGEDAR MITSUBISHI NAK JUAL LIMOJET. HARGA RM17 JUTA

Jidd Motors Mitsubishi di Des Plaines, Illonois, Amerika Syarikat (AS) ingin menjual Limojet pada harga AS$3.799 juta (RM17 juta).

Begitupun, tidak dapat dipastikan bagaimana pengedar Mitsubishi berkenaan memperoleh Limojet berkenaan.

Sebelum ia berubah menjadi limo, Limojet terbabit merupakan sebuah jet peribadi Learjet 35.

Frank dan Joanne DeAngelo dari Exotic Coach Limousines bersama pereka Dan Harria telah mengubah jet terbabit secara total untuk dijadikan sebuah limosin.

Ia didakwa mengambil masa kira-kira 40,000 jam untuk menyiapkan Limojet dalam tempoh 12 tahun dengan kos AS$1 juat (RM4.4 juta).

Dalam mengubah jet peribadi itu menjadi limosin, fiuslaj terlebih dahulu perlu dipadankan dengan rangka keluli yang mengambil masa selama dua tahun untuk penyelidikan, reka bentuk dan pembangunan.

Limojet semakin terserlah dengan sentuhan warna merah (Dark Candy Red) dan tayar 28 inci berwarna hitam.

Ruang dalaman pula, tempat duduk dibaluti kulit berwarna hitam dengan kemasan jahitan berwarna merah.

Limojet turut dilengkapi lampu pada bahagian lantai, sistem audio dipertingkatkan dan televisyen bersaiz besar.

Justeru, sesiapa yang ingin kelainan pada kenderaan bolehlah mencuba membeli Limojet tersebut. – carscoops

Google ads
Back to top button