Buletin

GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DI TERMINAL UTAMA KLIA PULIH SEPENUHNYA

Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan turut mengalami gangguan bekalan elektrik seperti dialami di beberapa kawasan sekitar ibu negara ketika ini.

Malaysia Airports dalam satu hantaran Facebook berkata, pihaknya memohon maaf atas gangguan itu selain mengharapkan penumpang yang bakal berlepas ke destinasi masing-masing kekal bersabar.

“Pasukan kejuruteraan kami sedang berhubung dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyelesaikan masalah ini.

“Para penumpang diminta untuk berhubung dengan pasukan kami di lapangan untuk bantuan segera selain diminta untuk kekal tenang,” katanya.

Namun sejam lepas, Malaysia Airports memberitahu bahawa bekalan elektrik di KLIA sudah pulih sepenuhnya. 

Terdahulu, beberapa kawasan di ibu negara mengalami gangguan bekalan elektrik hingga menjejaskan aktiviti harian orang ramai – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button