Buletin

HKS UJI KOMPONEN NAIK TARAF UNTUK TOYOTA SUPRA 2020

Toyota Supra sememangnya kereta sports yang menjadi buah mulut semua orang sekarang. Satu jenama pengeluar barangan aftermarket terkenal dari Jepun, HKS nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam kemeriahan itu. 

HKS yang ditubuhkan pada tahun 1973 ialah satu nama disegani dalam dunia modifikasi atau talaan d seluruh dunia.

Klip video ini menunjukkan bagimana HKS sudah meneroka pelbagai cara untuk menjadikan Supra sebuah jentera yang lebih baik. 

Pertamanya, Supra tersebut telah dipasang dengan peredam baharu yang dibangunkan oleh HKS (masih dalam peringkat prototaip). 

Ekzos itu menyerlahkan lagi bunyi menggelegak enjin enam selinder sebaris BMW dan berpotensi memberi Supra karekter lebih garang. 

Supra itu juga dilengkapi gegelung boleh laras, rim custom dan tayar berprestasi tinggi untuk menambah baik aspek pengendaliannya.

Tiada sebarang komen daripada pemandu mengenai naik taraf berkenaan. Namun apa yang pasti, Supra kini sudah mempunyai banyak komponen aftermarket untuk digunakan. 

Salah satu sebab kenapa Supra generasi terdahulu begitu popular dan dicari sehinga kini adalah kerana Toyota tahu bahawa ia perlu menghasilkan sebuah kereta yang boleh ditala.  

Tokyo Auto Salon tahun depan tak ada kereta lain dah rasanya. Tak percaya tengok lah nanti..  

Google ads
Back to top button