Buletin

HLYM LANCAR PROGRAM KESEDARAN PERSEDIAAN PENUNGGANGAN

Peka terhadap statistik kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal di seluruh negara, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) semalam tampil memperkenalkan program keselamatan jalan raya terbaharunya.

Inisiatif yang dikenali sebagai program Kesedaran Persediaan Penunggangan (KPP) itu mendapat sokongan daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) serta Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA).

Program itu dilihat sangat bagus kerana berfungsi memberi kesedaran kepada penunggang motosikal tentang keselamatan sebelum mereka menunggang  di atas jalan raya.

Menerusi program ini, HLYM akan bekerjasama dengan semua pengedar sah Yamaha. Semua pelanggan motosikal baru Yamaha akan diberi taklimat berhubung keselamatan jalan raya oleh wakil penjual atau pengedar Yamaha.

Bukan itu sahaja, sebuah buku Panduan Kesedaran Persediaan Penunggangan yang dibuat hasil kerjasama dengan JKJR akan diletakkan di bawah tempat duduk motosikal sebagai rujukan pelanggan.

“Kami mensasarkan untuk mengedar 20,000 keping buku Panduan Kesedaran Persediaan Penunggangan kepada pelanggan setiap bulan. Ini kerana kami sangat mengambil berat terhadap aspek keselamaan pelanggan,” kata Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor.

Berdasarkan kepara penelitian HLYM, kebanyakan pemilik motosikal baharu kurang sedar tentang asas keselamatan ketika menunggang.

Justeru, dengan adanya program sebegini, ia dapat mendidik pelanggan untuk menjadi contoh kepada orang lain dan penunggang yang berhemah di atas jalan raya.

Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew iaitu Datuk Mohamad Dahlan Md Maamor.

Google ads
Back to top button