Motosikal

DUCATI MONSTER 821 – KINI ADA PAPARAN TFT, PENUNJUK TAKAT BAHAN API, BERMULA RM65,900

Selain Ducati Panigale V4, V4 S dan Multistrada 1260 S, Next Bike turut melancarkan modek naked popularnya, Ducati Monster 821.

Harus tahu bahawa Ducati Monster 821 ialah pewaris ikon Monster 900 yang mula diperkenalkan pada acara Cologne Motor Show 1992.

Ducati Monster 821 tampil dengan beberapa penambahbaikan yang terbaik untuk segmen naked bersama prestasi lebih sempurna. Ia dilihat sesuai sebagai motosikal yang ditunggang setiap hari di Malaysia.

Biarpun begitu, jentera ini masih mengekalkan karakter ikonik Monster. Lihat sahaja pada reka bentuk tangki dan perumah lampu utama yang nampak klasik, tetapi dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden.

Sama seperti model-model Monster sebelum ini, tangki bahan api dipasang dengan cangkuk pengikat. Sebagai sebuah produk yang ditambah baik, Monster saiz pertengahan itu dilengkapi dengan paparan TFT berwarna, lengkap bersama petunjuk gear dan takat bahan api buat pertama kalinya.

Monster 821 dijana oleh enjin Testastretta 11º yang mematuhi piawaian Euro 4. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 109hp dan tork 86Nm pada 7,750rpm.

Tidak pernah berkomromi dari segi keselamatan, model naked itu dilengkapi  Pek Keselamatan Ducati yang terdiri daripada brek ABS dan Kawalan Cengkaman Ducati (DTC).

Bukan itu sahaja, Ducati Monster 821 turut menawarkan tiga Mod Tunggangan yang membolehkan penyesuaian mudah ke atas sistem ABS, DTC dan kuasa dibuat.

Sistem brek pula menggunakan jenama Brembo dengan cakera berkembar bersaiz 320 mm di depan dan sistem gantungan bersama suspensi boleh laras untuk roda belakang.

Ducati Monster 821 didatangkan dalam m dua warna iaitu merah dan kuning. Ia dijual pada harga RM65,900 serta RM66,900 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button