Buletin

HMRT TERUS CEMERLANG

Pasukan  Honda Malaysia Racing Team (HMRT) nampaknya terus mencipta sejarah dalam arena perlumbaan tempatan.

Honda-City-Car-27-S1K-mekanika (1)

Buktinya, HMRT berjaya menduduki tempat pertama dalam acara Sepang 1000KM (S1K) yang berlangsung di SIC pada hujung minggu lalu.

Jentera HMRT, Honda City (Car 27) yang dipandu oleh Aaron Lim dan Farriz Fauzy berjaya menghabiskan 181 pusingan dalam masa lapan jam 42 minit.

“Tahniah kepada semua 26 orang ahli pasukan HMRT yang menunjukkan semangat juang tinggi sepanjang perlumbaan. Walaupun terpaksa bersaing dengan kereta lumba yang lebih laju, strategi di pit stop dan ketahanan jentera lumba akhirnya memberi kemenangan kepada kami.

Honda-City-Car-27-S1K-mekanika (2)

“Saya sangat bangga dengan mereka. Semangat sukan bermotor sememangnya membara di Honda!” kata Pengarah Pasukan HMRT, Akkbar Danial.

Strategi utama HMRT pada tahun ini adalah menjadikan jentera lumba lebih pantas dan menambah baik suspensinya. Pasukan berjaya meningkatkan kuasa City menjadi 140hp berbanding 128hp pada tahun lalu. Suspensi juga telah ditala supaya padan dengan peningkatan kuasa tersebut.

Honda-City-Car-27-S1K-mekanika (5)

Selain daripada strategi teknikal, pasukan juga memperbaiki taktik di pit stop. Malah, semua ahli pasukan diberi bimbingan secara teori dan praktikal mengenai jentera lumba serta peraturan di pit.

Perlumbaan S1K bukan sekadar mengenai kelajuan dan strategi sahaja. Ia turut memberi penekanan terhadap ketahanan jentera lumba, di samping stamina dan kesungguhan sesebuah pasukan.

Google ads
Back to top button