
KIA CADENZA
Kia Motors mendedahkan dua keping gambar rasmi model serba baharu Kia Cadenza (Kia K7).
Jentera sedan itu akan dijual pada 2016. Kia Motors mendakwa Cadenza memiliki rekaan luaran baharu dan kabin yang berkualiti tinggi bersama kemewahan kontemporari.
Generasi Cadenza terus mengekalkan imej progresif generasi terkini. Sementara rekaan dinamik dapat dilihat menerusi garis aerodinamik dan imej yang tajam.
Diinspirasikan dari jentera mewah Eropah, Kia Cadenza memiliki rekaan bonet panjang dan bumbung yang tirus. Menjadikannya bertambah elegan.
Pada bahagian hadapan kereta, Kia menampilkan gril ‘tiger nose’ baharu, lampu hadapan LED dan fender yang muskular.
Rekaan bampar yang berpetak di belakang dikemaskan dengan lampu LED bersama perincian krom serta ekzos berkembar . Karakter garisan berbeza menyerlahkan lagi penampilan jentera ini yang lebar dan tegas.







