Buletin

LEXUS LX 570 – RM923,960!

Diperkenalkan pertama kalinya ke pasaran Malaysia, LX 570 sebenarnya sudah lama berada dalam rangkaian model Lexus.

Lexus-LX570-2015-mekanika (4)

Namun, SUV saiz penuh itu tidak dilancarkan kerana Lexus Malaysia ingin memberi fokus kepada model sedan dahulu. Setelah SUV RX dan NX mendapat sambutan hangat, maka sudah tiba masanya LX 570 menjengah pasaran tempatan.

Diimport sepenuhnya dari Jepun, versi tekini LX 570 dilancarkan secara rasminya di Amerika Syarikat pada Ogos lalu.

Lexus-LX570-2015-mekanika (5)

Jentera ini menerima rekaan yang ekstensif berbanding model terdahulu. Tampil penuh kuasa, LX570 memiliki ketinggian lima meter dan panjang hampir dua meter. Biarpun bersaiz besar, ia tetap kelihatan kemas dan maskulin.

Lexus-LX570-2015-mekanika (1)

LX 570 menggunakan khidmat enjin 3UR-FE bersesaran 5.7 liter. Enjin V8 paling besar dalam keluarga Lexus itu dilengkapi sistem Dual VVT-i termaju. Mampu menjana kuasa mencecah 362hp dan tork 530Nm, enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Lexus-LX570-2015-mekanika (15)

SUV itu dipasang dengan sebuah transfer case tahan lasak untuk menawarkan pacuan empat roda sepenuh masa. Sistem itu mengaplikasikan limited-slip locking centre differential TORSEN untuk mengagihkan nisbah kuasa 40:60 untuk roda hadapan dan belakangnya.

Lexus-LX570-2015-mekanika (24)

Di bahagian kabin, LX 570 dipasang dengan sistem multimedia yang mengintegrasikan maklumat di atas skrin bersaiz 12.3 inci, Head-Up Display dan paparan TFT 4.2 inci.

Lexus-LX570-2015-mekanika (10)

LX 570 didatangkan dalam enam warna luaran dan tiga warna untuk bahagian kabin. SUV mewah ini ditawarkan pada harga RM923,960 seunit (di atas jalan tanpa insurans, termasuk GST).

Sepanjang tahun 2015, jualan Lexus Malaysia dilihat terus meningkat menerusi model NX dan ES. Sehingga November, Lexus Malaysia telah menyerahkan hampir 1,800 unit kenderaannya ke seluruh negara.

Lexus-LX570-2015-mekanika (7)

Lexus Malaysia dijangka menyerahkan 200 unit kenderaan lagi pada Disember, seterusnya mencapai sasaran 2,000 unit pada tahun ini. Sekali gus mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga dalam segmen mewah di Malaysia.

Untuk tahun 2016, Lexus Malaysia mensasarkan untuk  menjual 2,200 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tahun 2015.

Google ads
Back to top button