
TNB ELECTRON MULAKAN OPERASI 3 PENGECAS 180KW DI LPT & PLUS
TNBX Sendirian Berhad hari ini mengumunkan operasi stesen pengecas pantas mereka telah dimulakan di Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Utara Selatan dengan menggunakan sistem pengecasan pantas 180 kilowatt.
Projek ini merupakan kerjasama Tenaga Nasional Berhad dengan Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Pantai Timur dan juga Lembaga Lebuhraya Malaysia. Pada 20 Januari 2023, 2 stesen pengecas TNB Electron telah dibuka di R&R Ayer Keroh arah utara dan R&R Paka arah utara dengan pengecas DC 180 kilowatt
Sehingga hari ini, 1 lagi stesen pengecas dibuka iaitu di R&R Tapah hala utara dengan satu stesen pengecas 180kW bagi memudahkan pengguna kereta elektrik meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang dan Kedah.
Buat masa ini, kesemua stesen pengecas boleh digunakan secara percuma dengan memuaturun dan menggunakan aplikasi GO TO-U di telefon pintar anda
Terdapat 6 lagi stesen pengecas TNB Electron akan dibuka pada masa depan di R&R Machap hala selatan, Rawang hala utara, Gunung Semanggol hal selatan, Gurun di semua arah dan Paka hala ke selatan
Unit pengecas pantas DC yang dipasang boleh mengecas 2 kereta elektrik secara serentak (90kW x 2) dengan menggunakan 2 gun. Pengguna boleh menggunakan pengecas ini secara percuma sehingga 28 Februari 2023
Pengguna TNB Electron dijangka akan menggunakan sehingga 99,000kWh pada kapsiti penuh sepanjang tahun 2023. Nilai ini akan memberikan pengurangan pelepas gas karbon dioksida sebanyak 7.2 metrik tan yang boleh diperangkap oleh hutan seluas 8.5 ekar dalam masa setahun

