Buletin

HONDA BUKA HAB LOGISTIK DI MALAYSIA TIMUR

Berita baik untuk orang Sabah dan Sarawak! Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia telah menubuhkan Pusat Pengedaran Berpusat Malaysia Timur (Hab Logistik) di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

 Honda-logistic-hub-mekanika (3)

Ia merupakan langkah pertama dalam pelan pengembangan Honda Malaysia di pasaran Malaysia Timur sebagaimana yang diumumkan pada Mac lalu.

Hab logistik baharu itu dijangka dapat memudahkan operasi harian para pengedar dan Honda Malaysia. Dengan adanya hab logistik ini, tempoh penghantaran kenderaan ke para pengedar dapat dikurangkan daripada Sembilan hari kepada tiga hari sahaja.

SONY DSC

Kualiti kenderaan Honda yang dihantar juga mampu dikekalkan. Penambahbaikan ini sememangnya amat dialu-alukan kerana sebelum ini wujud masalah kerosakan dan calar-calar kecil pada kenderaan. Ini berikutan tempoh pengangkutan logistik serta kereta terdedah di bawah matahari dalam tempoh yang lama.

Hab ini akan dikendalikan oleh syarikat perkapalan dan logistik terkenal, Giga Shipping Sdn. Bhd. (Giga Shipping). Pengurusan Pemeriksaan Pra-Penghantaran (PDI) yang dilakukan oleh Giga Shipping turut merangkumi sistem keselamatan, pemantauan stok, sistem kaizen dan banyak lagi.

 SONY DSC

Tahun lalu, jualan Honda di Malaysia Timur dilihat positif dan menggalakkan. Penguasaan pasarannya meningkat di Sabah (daripada 2% kepada 3%) dan Sarawak (daripada 3% kepada 5%). Pasaran Malaysia Timur menyumbang sebanyak 5.6 peratus kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia untuk tahun 2014.

Bermula Januari hingga April 2015, jualan di Malaysia Timur mencecah 1,617 unit, peningkatan banyak 45 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Melihat kepada potensi dan permintaan yang kian meningkat terhadap kenderaan penumpang di sana, Honda Malaysia melaksanakan pelan pengembangan untuk menyokong dan mengukuhkan operasinya di rantau tersebut.

 SONY DSC

Justeru, Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual lebih 600 unit kenderaan sebulan menjelang tahun 2016.

Selain Hab Logistik, Honda Malaysia kini dalam proses untuk menubuhkan sebuah pejabat serantau, kemudahan latihan dan gudang alat ganti di sana. Syarikat juga dijangka membuka empat buah pengedaran 2S menjelang Mac 2016 dan menambah baik perkhidmatan sepuluh pusat 3S sedia ada. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button