Buletin

PUSAT PORSCHE SUNGAI BESI DIBUKA

Pengimport rasmi kenderaan Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru-baru ini membuka Pusat Porsche Sungai Besi (PCSB).

 

 Porsche-Centre-Sungai-Besi-mekanika (8)

Terletak di lokasi strategik, ia mudah diakses menerusi Lebuh raya Sungai Besi, North South Expressway, Smart Tunnel dan laluan-laluan utama yang lain.

SDAP dilaporkan telah melabur lebih RM16 juta untuk membina pusat ini. Memiliki keluasan 34,703 kaki persegi, ia pasti mampu menaikkan lagi jenama Porsche di Malaysia dan memberi pengalaman lebih baik kepada para pelanggannya.

 Porsche-Centre-Sungai-Besi-mekanika (5)

PCSB boleh mempamerkan sehingga sepuluh buah kereta pada satu-satu masa. Ia turut mempunyai dua ruang penyerahan, sebuah bengkel dengan sembilan ruang penyelenggaraan dan bahagian resepsi yang luas. Selain tempat menjual aksesori Porsche Tequipment serta barangan eksklusif Porsche seperti pakaian, permainan dan lain-lain.

Ciri tambahan pertama buat pusat Porsche di Malaysia ialah Carrera Lounge. Konsep baharu itu menyediakan ruang yang selesa dan mewah buat para pelanggannya.  

Porsche-Centre-Sungai-Besi-mekanika (7)

PCSB ada menawarkan kereta-kereta Porsche terpakai. Lebih menarik lagi, kereta-kereta tersebut hadir bersama jaminan selama dua tahun. Pelanggan yang ingin menukar atau menaik taraf Porsche mereka juga boleh berbuat demikian di PCSB.

“Dengan kemudahan ini, kami mampu memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan. PCSB ialah pusat Porsche pertama di Malaysia yang mematuhi identiti korporat baharu Porsche,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Arnt Bayer.  

Porsche-Centre-Sungai-Besi-mekanika (4)

Selain menawarkan kemudahan pusat jualan dan selepas jualan, PCSB turut menjadi pusat latihan untuk pasukan teknikal serta jualan.

Bagi meraikan pembukaan PCSB, SDAP telah melancarkan model-model baharu SUV Porsche Cayenne dan 911Targa 4S. Tetamu yang hadir juga berpeluang melihat secara dekat kereta sports plug-in, Porsche 918 Spyder.  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button