BuletinMotosikal

HONDA CBR250RR DENGAN LIVERY PERLUMBAAN HRC – MENARIK!!!

Honda CBR250RR mungkin sebuah motosikal sportbike kelas entry level yang berjaya mengubah persepsi orang tentang pembinaan motosikal sport bagi kategori suku liter.

Honda Jepun sedar, mereka perlukan model yang benar-benar hebat untuk menguasai pasaran 250cc yang cukup penting di negara-negara membangun yang mempunyai jumlah pasaran yang besar.

Sasaran pasaran motosikal ini ialah Indonesia, India dan negara-negara membangun seperti Thailand, Vietnam dan Filipina yang mempunyai peraturan mengikut sesaran enjin yang kompleks. Memperkenalkan pada kategori ini memberi kelebihan. Ia termasuklah model facelift Yamaha R25 yang membuktikan bahawa pasaran 250cc sangat penting.

BACA: YAMAHA INDONESIA LANCAR R25 FACELIFT

Sempena pusingan MotoGP Jepun yang berlangsung di litar Twin Ring Motegi minggu lalu, Honda Jepun telah mempamerkan sebuah CBR250RR dengan livery ikonik yang cukup menarik iaitu HRC.

Sepertimana yang diketahui, HRC merupakan tema tipikal yang biasanya dikenakan pada model CBR1000RR Fireblade.

Disebabkan rekabentuk CBR250RR ini memang agak besar, penggunaan livery yang sama tidak langsung nampak janggal.

BACA: MAAF, INI BUKAN CBR, TAPI FEELY PHANTOM DARI CHINA

Menurut maklumat daripada majalah permotoran terkenal Jepun – Young Machine, hiasan CBR250RR HRC ini adalah sebagai pameran sahaja. Ia belum diputuskan untuk produksi.

Mazda CX30

CBR250RR dibekalkan dengan enjin 2 selinder ini dibekalkan dengan ciri istimewa, pertama seumpama dalam kategroinya. RIDING MODE, dan pendikit “Throttle drive by wire”. Ia menghasilkan 36.2HP @ 12,500 RPM, 22.5Nm @ 10,500 RPM.

Tags
Google ads
Back to top button